Saturday, August 20, 2011

TAKE PIC WAKTU MALAM






Malam... waktu yang paling selesa nak berehat... tul tak??

Apa yang aku merepek ni kan.. kali ni aku nak ajak korang gi bershopping ngan aku kat Jalan Masjid India Kuala Lumpur. Macam-macam barang ada sesuailah kalau nak mencari untuk barangan raya harga pun berpatutan, cuma ramai orang nak kena berasak-asak. Kalau bawak bebudak, pasti meragam, sebab bapak budak pun leh meragam lama sangat isterinya membelik-belik, cam cakap diri sendiri je hehheh... sorry mama, jangan marah yehh...

Perjalanan dari rumah aku nak ke sana mengambil masa dalam 20 minit kalau tak ada kesesakkan jalan raya, dengan memandu 80kmj....hhhuuu. Kalau tak 1 jam lebih belum tentu sampai. Ini lah rupa tempatnya di waktu malam... ramaikan orang. Ni pun aku take pic dan datang sana lepas berbuka.. emm dia orang ni tak berbuka agaknya hhhuuuu...




Masa aku snap pic ni korang perasan tak bro-bro ni cam terkujut je, padahal aku snap tak pakai flash. Maklumlah tak sempat nak posing tetibe aku ambik gambarkan...hehehe. First time take pic waktu cam ni, tanpa flash... susah gak nak setting itu ini kat DSLR ni. Ni pun aku pilih yang terbaik je diantara terbaik punya pic :)


Tujuan kami ke sana....

nak mencari songkok dan barangan kerongsang untuk wife aku dan aira... haziq barangan raya dia dah setel.

Ni lah kedainya, mempunyai pelbagai size songkok dari yg kecik sampai lah kepala cam aku ni bersaiz besar..hehhehe.

Ayat punya ayat dapat gak harga mati, RM25 padahal aku rasa, harga ni memang harganya. Tapi dah penat nak pusing-pusing beli je lahkan... Uii berpeluh gak berjalan kat situ, sbb ramai orang yang nak membeli gak, ni belum lagi nak akhir puasa, sebab kalau 2 @ 3 hari nak akhir puasa semua jadi murah LELONG!!! LELONG!!

Apa-apa pun, nasihat terbaik aku, nak beli kat sini gi awal-awal. Jangan gi last minit, sebab nak dapat murah sanggup berhimpit-himpit, jawapnya terpenyet lah korang cam naik KOMUTER TIME BALIK KEJE. hhuuuu..

Panassssss.........