Monday, March 19, 2012

GAJI PROGRAMMER GOOGLE?

TAHUKAH ANDA BERAPA GAJI PROGRAMMER GOOGLE? | Google telah lama diketahui sebagai tempat terbaik untuk bekerja. Mereka menawarkan makanan percuma, tempat bersenam, tempat berehat dan potong rambut profesional di pejabat mereka di California. Perkara tersebut telah menjadikan mereka syarikat pilihan pekerja dari seluruh perniagaan yang ada di dunia.
 
Selain dari persekitaran tempat kerja yang relax dan makan free mestilah gaji pekerja Google menarik juga kan. Tahukah anda berapa gaji pekerja-pekerja Google? Data berikut tidak terlalu mudah dicari, jika anda tidak percaya, anda boleh search di Google.

Berikut adalah statistik gaji pekerja Google yang cukup menarik.
1. Google Programmer di Phoenix – $174,000 setahun

2. Google Programmer di California – $197,000 setahun

3. Google Programmer di Chicago – $222,000 setahun

4. Google Programmer di New York – $242,000 setahun

(menurut Indeed.com)

Itu hanya gaji… apa lagi yang ditawarkan Google kepada pekerjanya?

1. Google akan membayar $8,000 setahun jika anda mahu sambung belajar. Mereka hanya mengharapkan keputusan gred “B”.



2. Jika anda memperkenalkan seorang pekerja untuk menjadi staff Google dan mereka bertahan untuk 60 hari, Google akan membayar $2,000 kepada anda.

3. Jika anda hendak mengambil anak angkat, Google akan memberikan $5,000 untuk urusan legal dan kos.

4. Bergantung kepada berapa lama anda bekerja di Google, anda akan mendapatkan sehingga dengan 25 hari bonus hiburan dalam setahun.

Satu lagi perkara yang menarik dari segi pendapatan pekerja Google, menurut New York Times, kira-kira ada 1,000 pekerja Google yang mempunyai saham dengan nilai $5 juta dollar.

Masih menurut New York Times, setiap pekerja yang bersama Google untuk setahun sahaja memiliki nilai lebih dari $250,000.

Pesaing google mengatakan bahawa programmer Google telah menikmati 50% kenaikan gaji dalam beberapa tahun terakhir ini.

Apa yang nak dikongsi disini, nampak dari kisah pekerja Google ini ialah syarikat yang menawarkan ganjaran dan tempat kerja yang menarik dapat memberi semangat bekerja kepada pekerjanya yang akhirnya mereka akan bekerja bersungguh-sungguh,setia dan rela buat apa sahaja demi keuntungan syarikat.

Sumber

Bestnya lah kan....

Wednesday, March 7, 2012

Krusus Linux Red Hat

Syukur Alhamdulillah...

Dapat juga aku menghadiri krusus anjuran tempat kerja ku berkenaan Linux Red Hat (Server) selama 4 hari ni. Ni bermakna aku takda kat opis sepanjang minggu ni kecuali hari Jumaat nanti...hehhe. Harap - harap takda lah keje menimbun balik opis nanti.

Saja nak berkongsi ngan korang semua, pengalaman menghadiri krusus ni banyak gak lah yang memeningkan dan yang menyeronokkan sbb benda baru kan kita nak terokai, jadi semangat ingin tahu tu tinggi. Actually....guru yang mengajar, amat -amat berpengalaman dan mudah untuk aku memahami apa yang diajarkannya. Kalau ikut buku pehhh .. tebal ya amat, mau tak terbaca.

Secara rumusnya apa yang aku dapat simpulkan, Linux menggunakan pelbagai 'code statement' untuk mengendali operasinya yang pada mulanya agak sukar.. tapi rasanya dah leh tangkap serba sedikit cara dan teknikal yang perlu diketahui, untuk mengoperasikan Linux.

Kalau ikutkan pendapat aku....jika korang mahir macam - macam leh buat, dan confirm  boleh menghasilkan sesuatu yang bermakna dan leh gak jadi hackes hhuuu...

Ni lah tempat aku berkrusus cantik tak hhuuu.....kalau terooo, tekalah kat mana ni....
Hari pun dah lewat malam dah ni.. hujan lak tu dari tadi, mata lak nak pejam... esok last krusus....
hureyyyyyy...!!!!

Semoga ilmu yang aku dapat ni, leh lah aku gunakan sebaik mungkin dan berkongsi kepada sesiapa yang memerlukan....... insyallah. Bunyi cam teroo je aku ni hhuuuu.....

Apa-apa pun selamat melelapkan mata...... cau ci cau...
Wassalam.....