Wednesday, January 18, 2012

Kiblat kat sini arah mane ye????




Assalamualikum...

 ... ha!! ni aku nak berkongsi sesuatu yang amat-amat berguna bagi seluruh umat beragama islam.
Jangan terkejut jika masih ramai yang tidak tahu bagaimana untuk mencari arah kiblat dengan berpandukan kompas atau islamic kompas atau sejadah berkompas, sbb aku pun baru tau caranya yang betul.

Mengikut kajian aku sendiri lah, rata-rata masyarakat kita masih kurang arif dalam membaca kompas, tul tak? yang kita tau tgk jarum tu pusing-pusing last-last kita pun tak tau apa kita sedang tengok hehheh.

Maka dengan itu, wajarlah lah kita belajar cara-cara membaca kompas dalam mengatasi permasa’alahan menentukan arah kiblat. Mungkin pihak masjid atau sekolah-sekolah boleh mengendalikan kursus membaca kompas atau kaedah lain dalam menentukan arah kiblat, sama ada dengan melihat kedudukan bintang, bulan dan matahari.

Apakah hukum belajar teknik menentukan arah kiblat????…. wallahualam, maklumlah aku pun tidak arif dlm soal hukum ni. Maka ustaz-ustaz yang arif boleh lah tolong memberikan jawapan untuk kita semua, agar dapat dikongsi bersama.

Secara umumnya, nak kongsi pembacaan aku ni…
arah kiblat bukan semata-mata melihat arah matahari terbenam sahaja. Ia hanya panduan dari arah Asia Tenggara. Aku ada juga bertukar-tukar pendapat dan pernah bertanya kepada seorang rakan, kalau kita di Somalia, Nigeria.. dimana arah kiblat kita???. Katanya arah kiblat kita bukan ke barat tetapi ke arah timur. Kita perlu tahu serba sedikit ilmu geography dlm menentukan arah kiblat, jadi adik-adik dan kita-kita ni belajarlah ilmu geography sebaik mungkin...hehhe.

 Jika menggunakan kompas atau sejadah berkompas, ramai yang melakukan kesilapan mencari arah kiblat. Mereka memusingkan kompas sehingga jarum (merah) menunjukkan arah bertanda ka’abah. Sebenarnya arah itu adalah arah utara. Kalau kita berada di Yamen, maka arah kiblat kita betul. Tapi jika di Malaysia, kita berkiblatkan Thailand.

Kita perlu faham bahawa, jarum kompas sentiasa menunjukkan arah utara. Ka’abah tidak mengeluarkan medan magnet… maka tiada satu jarum dalam dunia dapat mencari ka’abah. Yang perlu kita lakukan ialah belajar, mencari dimana kedudukan ka’abah dari tempat kita berada.

Pada kompas islam atau sejadah berkompas, terdapat nombor-nombor sudut dari 0 hingga 360. Apakan makna disebalik nombor-nombor ini??. Nombor bermaksud, bearing kedudukan antara lokasi kita dan juga lokasi ka’abah. Jika di malaysia… kita perlu memusingkan sejadah kita sehingga jarum kompas menunjukkan arah nombor 80. Ka’abah berada kira-kira 80 darjah barat dari Malaysia. Sesudah arah jarum utara berada pada kedudukan nombor 80, maka arah simbol ka’abah adalah arah kiblat yang betul.

Jika kita pergi hotel… Arah kiblat hotel tidak semestinya selalu betul. Jika mereka menyusun sejadah dengan arah jarum kompas mengadap simbol ka’abah… bermakna arah solat mereka adalah utara, bukannya arah Makkah.

Maka perlulah kita belajarlah dari mereka yang arif dalam ilmu-ilmu falaq syarie dalam hal-hal berkaitan kiblat nie. Sbb aku pun masih mempelajarinya... semoga ilmu yang korang dapat ni dikongsikan bersama sama.

Wallahulam…