Monday, September 5, 2011

Seni Grafik Bahasa Melayu






Salam satu Malaysia...

Hari ni aku nak berkongsi dengan korang satu benda baru yang aku terbaca kat majalah PC bulan September 2011 ni, berkenaan perisian Adobe Photoshop. Aku ni pun, masih belajar lagi untuk mendalami perisian ni. Pelbagai cara dan sumber aku terokai, nak belajar punya pasal mengenai Adobe Photoshop melalui YouTube, Blog dan buku, tapi masih aku rasa sukar nak menguasainya. Rumitnya, tuhan je yang tahu. Walaupun aku ni dalam bidang IT, susah gak nak memahirkan diri dalam seni grafik ni.

Kalau nak ikutkan, korang boleh gunakan pelbagai jenis software untuk membuat grafik ni. Tapi yang paling digemari Adobe Photoshop yang kini dah sampai versi CS5. Bagi yang tak penah guna perisian ni, elok korang cuba-cuba, banyak manafaatnya tau. Golongan Pro pun pakai perisian ni tau....:)

Huuhuuu... semua buku-buku yang terjual kat pasaran mengenai perisian ni banyak dalam Bahasa English, pening juga nak memahaminya, sebab ada kalanya maksud buku tu lain, kita lak baca and fikir jadi lain lak, dah jadi salah infomasi. Ada juga buku yang takda contoh paparan, lagi lah susah nak paham...baca punya baca satu apa pun tak paham.... hehhe.

Ha! apa yang aku nak kongsi ngan korang sebenarnya daripada majalah pc yang aku baca ni. Terdapat Tutorial mengenai perisian ini dalam bentuk Video CD  Adobe Photoshop CS5 mudah nak paham. Contoh tutorialnya yang menarik, ringkas dan dalam Bahasa Malaysia, konfirm faham punyalah. 

Didatangkan dengan Siri 1 hingga Siri 6, nasihat aku kepada korang,dari beli buku sampai berpuluh ringgit dan ada juga beratus ringgit, just nak belajar perisian ni...elok korang beli je CD ni, amat-amat berbaloi. Kalau nak cari kat luar aku rasa susah nak dapat kena-kena dalam Bahasa Malaysia video tutorial lak tu

Sebagai preview CD ni meh tengok bawah ni... pasti korang terujalah.. 



Rugi tau kalau tak memilikinya kan...