Sunday, August 28, 2011

BERKEMAS..MEMBELI..MEMASANG...






Persiapan Hari Raya: ADUH.. penat sesangat aku hari ni....

Maklumlah nak menjelang Hari Raya... banyak benda nak kene siapkan. Emmm aku dah start cuti panjang seminggu ni, jadi apa lagi....gotong royong berpasukan lah jawapnya dengan wife, baby Hazeq dan baby Aira. Si kecik ni dua orang ni tukang monitor je hehhe.

Seawal jam 3:45am aku dah terjaga.. sahur dan terus mengemas. Benda pertama yang perlu dikemas ruang tamu ni. Kalau nak ikutkan nak kemas bilik dulu, tapi my baby dua orang ni masih di alam mimpi, jadi postpon jap.

Kemas punya kemas sampai kebilik-bilik (kemas bilik lepas my baby dedua tu bangun dalam kul 8:10am). Uii letihnya lah haii, rumah kecik je tapi kalau dah punggah, uhaiii.. nak tertanggal urat-urat badan ni.My baby dedua ni kalau dah bangun lagi lah susah sikit nak mengemas, ngan Hazeq keluarkan keretanya lak, nak main tengah bersepah-sepah ni... baby Aira lak nak berdokong je... dah cam sotong kurita dah tangan aku ni nak menghandel semuanya... hehehe.

Selesai mengemas rumah pada jam 12:30pm, itu bahagian bilik dan ruang tamu. Jap lagi nak mencabut langsir lak. Emmm... sebelum tu aku bercadang nak gi ke IKEA nak tgk bebarang apa yang sesuai nak dibeli ke, atau just nak jejalan merehatkan badan kat sana. Baru je bercadang wife aku terdengar terus jadi gi...hhuuhhhh...

Jam 1:40pm aku dan keluarga berada di IKEA Damansara dekat ngan rumah lagi pun. Ramai gak orang, aku ingatkan dah takda orang, semua balik kampung. Tengok lah si Hazeq, baru sampai dah posing kat sofa bintik-bintik :). Manakala pic sebelah kanan ni lak, wife aku nak tengok rak untuk dapur rumah, bagi yang tak pernah sampai ke IKEA ni, cam ni lah besar tempat barangan IKEA ni, jenuh nak cari kalau tak tau kod barangan tu...



Apa yeh tadi nak beli..lupa lak???. Emm...memula kesana nak melihat rak, nak meletak barang - barang aku, sebab rak aku dah jadi rak Hazeq letak kereta mainan dia. Emm tengok punya tengok, belik punya belik last-last lain lak jadi nya dibeli... hhhuu. Tapi tak pe berguna juga untuk rumah. Benda yang dibeli untuk raya ni, permaidani merah seakan merun dan permaidani bercorak kereta untuk bilik Hazeq dan barangan peralatan dapur. Cam model kita kat sebelah ni...tengah membelik-belik....heheheh

Lepas ke IKEA, kami sekeluarga ke  kedai pokok bunga, untuk dihiaskan di hadapan rumah. Leka kat sana.. jam kat kereta aku menunjukkan jam 5:05pm.. cepatnya masa berlalu.....huuiiiii. Sempat jugalah take pic baby Aira kat kedai bunga tu. Heran dia tgk banyak sangat bunga dan pokok-pokok kat situ

Sepantas kilat balik kerumah, sebab wife aku nak masak untuk berbuka puasa. Uiiiii kene cepat... kang tak sempat lak nak buka...hehehhe....:)

Tuesday, August 23, 2011

YA HABIBI....






Rezeki datang lagi Ramadan ni... syukur alhamdulillah.

Terima Kasih dariku sekeluarga, kepada bapa mertua sebab open table untuk BERBUKA PUASA makan nasi arab di Shah Alam. Sepanjang umur aku ni baru aku dengar pasal Nasi Arab, yang aku tau Roti Arab je, kalau korang tak penah dengar tentang Nasi Arab, aku nak terangkan pun aku pun tak pandai tapi kalau ikut rasa lidah aku ni... masin je semuanya hhuu. Tak pasti lah memang cam tu ke rasanya..

Nama restorenya ARABIAN KITCHEN. Semua ahli keluarga belah wife aku kesana.. makan FREE BERBUKA PUASA hehehhe... Aku tak sangka ramai gak orang yang makan kat situ, booking penuh lak tu.

Emm nak becerita tentang suasana tempat ni. Tempat ni dikatakan baru je dibuka, sebab kawasannya kawasan pembagunan baru. Bagi hiasan dalaman restoren ni, simple je beberapa meja kayu yang panjang, dan hiasan ala-ala arab di dinding, cuma mungkin belum full renovate kot..


Manakala rasanya pula, cam tadi lah aku gambarkan masin je semuanya, atau memang rasanya cam tu, sbb baru first time try, but sedap gak. Layanannya pula, simple and sempoi je, dikendalikan orang melayu kita, bukan orang arab yahhaa bibiiii....hhuuuu..

Tapi ada satu benda yang aku rasa special tentang tempat ni, walaupun takda surau, tuan restoren ni adakan juga pondok kecil menggunakan kemah cam orang berniaga kat pasar ramadan tu. Aku respek tokey restoren ni... GOOD JOB teruskan, dan moga Allah memurahkan rezekinya.

Kalau korang nak tau boss yang belanja makan ni, namanya ABDUL GHAFAR bapa mertuaku, ni orangnya.. jeng..jeng..JENG!!!! Terima Kasih ayah..

Memang makan kenyanglah dibuatnya.... syukur alhamdulillah.. korang bila nak try lak  :)

Saturday, August 20, 2011

TAKE PIC WAKTU MALAM






Malam... waktu yang paling selesa nak berehat... tul tak??

Apa yang aku merepek ni kan.. kali ni aku nak ajak korang gi bershopping ngan aku kat Jalan Masjid India Kuala Lumpur. Macam-macam barang ada sesuailah kalau nak mencari untuk barangan raya harga pun berpatutan, cuma ramai orang nak kena berasak-asak. Kalau bawak bebudak, pasti meragam, sebab bapak budak pun leh meragam lama sangat isterinya membelik-belik, cam cakap diri sendiri je hehheh... sorry mama, jangan marah yehh...

Perjalanan dari rumah aku nak ke sana mengambil masa dalam 20 minit kalau tak ada kesesakkan jalan raya, dengan memandu 80kmj....hhhuuu. Kalau tak 1 jam lebih belum tentu sampai. Ini lah rupa tempatnya di waktu malam... ramaikan orang. Ni pun aku take pic dan datang sana lepas berbuka.. emm dia orang ni tak berbuka agaknya hhhuuuu...




Masa aku snap pic ni korang perasan tak bro-bro ni cam terkujut je, padahal aku snap tak pakai flash. Maklumlah tak sempat nak posing tetibe aku ambik gambarkan...hehehe. First time take pic waktu cam ni, tanpa flash... susah gak nak setting itu ini kat DSLR ni. Ni pun aku pilih yang terbaik je diantara terbaik punya pic :)


Tujuan kami ke sana....

nak mencari songkok dan barangan kerongsang untuk wife aku dan aira... haziq barangan raya dia dah setel.

Ni lah kedainya, mempunyai pelbagai size songkok dari yg kecik sampai lah kepala cam aku ni bersaiz besar..hehhehe.

Ayat punya ayat dapat gak harga mati, RM25 padahal aku rasa, harga ni memang harganya. Tapi dah penat nak pusing-pusing beli je lahkan... Uii berpeluh gak berjalan kat situ, sbb ramai orang yang nak membeli gak, ni belum lagi nak akhir puasa, sebab kalau 2 @ 3 hari nak akhir puasa semua jadi murah LELONG!!! LELONG!!

Apa-apa pun, nasihat terbaik aku, nak beli kat sini gi awal-awal. Jangan gi last minit, sebab nak dapat murah sanggup berhimpit-himpit, jawapnya terpenyet lah korang cam naik KOMUTER TIME BALIK KEJE. hhuuuu..

Panassssss.........

OAT CRIPS COOKIES






Salam sejahtera dan assalamualikum,
Emm hari ni aku tak berapa sihat, tekak lak sakit, hidung lak tersumbat. Tah cam mana leh dapat virus ni pun aku tak tau. Kesiankan...

Berjumpa kita kembali dalam blog 'Cerita Hujung Minggu' bersama resepi-resepi yang di adaptasi dari pembacaan, penyelidikan dan teknik merasa kesedapan membuatkan aku nak berkongsi dengan korang secara ringkas dan mudah dalam menyediakan sesuatu resepi di dalam blog ni. Harapan aku agar korang dapat memahaminya, sbb aku pun bukannya pakar memasak, cuma pakar memakan je hehehhe.

OK... mari kita mulakan resepi membuat Oat Crips Cookies. Seperti biasa ianya disediakan oleh puan Aina (my wife), tukang masak profesional kita.

Perkara pertama yang korang kene buat, gi ambik kertas ngan pensel... kasi salin ni, kang lupa lak.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :
130g Tepung Gandum
30g Tepung Jagung
30g Sebuk Koko
1/2 sk Serbuk Penaik
(yang berwarna coklat diatas bahan-bahan tu semuanya perlu diayak)

1/4 sk Serbuk Kulit Kayu Manis (nak letak leh, tak nak letak pun boleh)
1/4 sk Garam
90g Quaker Oat Segera
200g Mentega
120g Brown Sugar
1/2 sk Asen Vanilla
Badam Nipis
Coklat Chip


Langkah 1 :
Ambil satu bekas yang bersih dan mulakan mengayak bahan-bahan tadi (tgk senarai bahan yang berwarna coklat tu).

Langkah 2 :
Masukkan garam dan Quaker Oat segera dan di gaul rata.

Langkah 3 :
Ambil bekas baru...pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Cara korang nak pukul semua benda tu ikut cara korang lah... asalkan dipukul dengan rata. Sesuai teknik ni ketika melepaskan perasaan... hhuuhh :)

Langkah 4 :
Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, lama-lama nampak menarik dan sebati, maksudnya dah ok lah tu adunannya.

Langkah 5 :
Uli sehingga kental. Canai doh diatas pada papan yang ditabur tepung (tujuan tepung tu tak nak bagi melekat kat papan tu dan nak bagi doh tu kental tak lembik).

Langkah 6 :
Potong dan terap  diatas dulang. Bentuk bergantung pada kretiviti, selalu bentuknya cam dalam pic tulah..

Langkah 7 :
Panaskan oven dan bakar cookies tadi dengan suhu 160 C selama 12 - 15 minit atau korang leh agak-agak tgk cookies tu dah cam rangup tu, kira dah sempurnalah Oat Crips Cookies ni.


Ok siap selamat menjamu selera..... :)

Kalau nak tempahan boleh juga KLIK DISINI
Segalanya akan diuruskan oleh ADMIN (kod: OAT CRIPS-02G)

Friday, August 19, 2011

TRIPOD DSLR & CAMERA DIGITAL






Bagi yang mencari tripod untuk DSLR atau Camera Digital, aku ada lobang leh dapat murah....

Aku pun rebat satu.... hhhuuhh dah murahkan... cuma aku je yang leh dapat harga tu, sebab beli kat memberkan.. kalau luar dia jual dalam RM 150.00

Mesti korang tertanya-tanya murah?? ye ke?? cam tak caya je??
Percayalah kerana ianya benar... harga aku leh dapat serendah RM 75.00 je. Tapi benda ni dah terhad. Boleh laras kakinya dari rendah sehingga paling tinggi... memang best, ringan dan flexible.


Kalau korang nak, cam biasa emailkan ke hargaruntuhnew@yahoo.com segera, nanti aku bagi tau maklumat selanjutnya... sebab ada 3 je member aku nak tolak dengan harga yang aku katakan tu.. 


Apa tunggu lagi.... fikir punya fikirkan orang lain rembat dulu, sementara murah ni.. 


Rupa tripod tu sebijik cam pic ni...memang tu pun bendanya ..hehhee.

Meh lawat kat SINI macam- macam ada... 

MY BABY HAZEQ






Haii semua..
Saje je aku nak berkongsi pic Baby Hazeq yang dapat transformes hehheh. Punya lah suka sampai senyum cam tu ha.. hehhehe. Nama robot nya tu Red Alert Autobot. Apa-apa pun babah sayang anak-anak babah ni.


...............Ummmmaaahhhh

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday






Ini lah my baby Hazeq dan Aira..


Comel tak hhuuu... sepansang putra dan putri ku.
Bila memikirkan cepatnya lah dia org ni membesar, kadang kala cam tak caya je, dan aku pun semakin tua.

Apa pun para pengunjung blog ni, doakanlah kebahagian, kesejahteraan dan rezeki kami sekeluarga key dan aku pun mendoakan para kalian juga...amin.

Tuesday, August 16, 2011

KAMPUNG BARU






Alhamdulillah bulan ramadan ni rezeki melimpah ruah, syukur-syukur.

Dengan rezeki yang diberikan, aku pun bawaklah anak dan isteri ku gi berbuka kat Kg Baru yang terkenal ngan nasi lemak yang sedap.. nyam..nyamm. Lagi pun aku pun lama gak tak makan kat situ. Kalau tak sempat nak sampai rumah lepas waktu berkerja, asik-asik Mc Donald je tempatnya, sebab rumah pun dekat ngan tempat tu...jalan kaki pun boleh....hehheh.

Kalau korang nak tau, aku sampai kat sana dah lewat agak-agak aku dalam kul 6pm rasanya. Aku budget konfirm ramai gila orang masa tu. Cadang aku, kalau lah takda tempat, jawapnya minum air lah dulu dalam kereta.

Tapi tanggapan aku salah, tak penuh pun tempatnya. Jadi dengan sepantas kilat kasi park kereta Viva ku. Kemudian gi sambar ambil nasi lemak dan lauk pauk serta air minuman, terus bayar dan duduk.
Ini dia menunya..........
Menu berbuka puas di Kg Baru :
1. Air Sirap Bandung & Air Tin Soya
2. Ayam Goreng
3. Paru Masak Sambal (wife aku suka makan yang ada rasa pedas)
4. Hati Ayam
5. Kentang Goreng (tak dapat dikenal pasti apa nama masakkan ini)
5. Nasi Lemak




Tapikan dah nak dekat berbuka tetibe je tempat ni dipenuhi orang cam bak kata pepatah 'bagaikan semut mengerumugi gula'... hehhe, dah cam Karamsig Walia lah aku ni. Betul ke apa aku cakap ni, kalau salah anggap je lah betul key :).

Dah lama tak makan nasi lemak Kg Baru ni, teras kesedapannya, dan aromanya menyemarakkan rasa nak berbuka puasa..ish..ishh. Tergugat iman den.



Azan pun berkumandang, menandakan masuklah waktu berbuka puasa. Nak tau sape yg dulu berbuka paling pantas.. hhehhe. Ni budaknya, ngan wajah serius, kepenatan.... kalah org puasa,

Tak lain dan tak bukan, my baby Hazeq...berbuka ngan sirap bandung yang sejuk lagi menyegarkan.. uuuu...


Kenyang kami sekeluarga... alhamdulillah.