Sunday, December 30, 2012

FT ISLANDS -Alwys Be Mine

Lagu kegemaran ku.... meh lah dengar sekali.
From LYRICSMODE.COM lyrics archive

Lyrics | F.T Island lyrics - Always Be Mine lyrics
 
F.T Island - Always Be Mine lyrics

I hear you breathe
You're lying close to me
The shadows gone
I have found my peace

You make me calm
With you I'm safe from harm
And right by your side
I'll stay through the night 'til eternity
That's the way it will be

And I wonder what you're dreaming of
You're so peaceful when you sleep
Everything I want everything I need is lying here in front of me

And if I ever lose my power to fly
Then your love takes me high
I'll always be true to you
Sometimes I think I might lose it all
Guess the chances are small
'Cause you hold me close I feel you near
Don't let go say you'll always be here
So just hold me tight and I'll be fine
Dreaming you will always be mine

Just like the sun
You make me warm inside
Like a soft summer breeze
A moment to seize
So true I won't stop loving you

And I wonder what you're dreaming of
You're so peaceful when you sleep
Everything I want everything I need is lying here in front of me

And if I ever lose my power to fly
Then your love takes me high
I'll always be true to you
Sometimes I think I might lose it all
Guess the chances are small
'Cause you hold me close I feel you near
Don't let go say you'll always be here
So just hold me tight and I'll be fine
Dreaming you will always be mine

And I wonder what you're dreaming of
You're so peaceful when you sleep
Everything I want everything I need is lying here in front of me

And if I ever lose my power to fly
Then your love takes me high
I'll always be true to you
Sometimes I think I might lose it all
Guess the chances are small
'Cause you hold me close I feel you near
Don't let go say you'll always be here
So just hold me tight and I'll be fine
Dreaming you will always be mine

Just hold me tight and I'll be fine
Dreaming you will always be mine

Lyrics | F.T Island lyrics - Always Be Mine lyrics

Thursday, September 6, 2012

Salt Water Car - Permainan Berteknologi

Hai semua yang melawati blog ni, harap korang semua sihat sejahtera. 
Kalau korang perasan kat KL ni petang je hujan, tapi hujan tu rahmat bersyukur kepada Nya, kang kalau tak hujan - hujan masalah juga hehhe. 

Ha!, hari ni aku nak berkongsi sesuatu yang baru baik punya, tapi bukan isu hujan, ni berkenaan teknologi yang boleh disesuaikan dengan semua peringkat umur. 

Apa bendanya?? emm tak baca tajuk artikal ni lah ni, hehhe.. ce tgk tajuk tu tu lah bendanya.

Secara ringkas berkenaan produk ni. Meh baca kat bawah ni... 
 
Salt Water Car merupakan kereta mainan berteknologi tinggi yang mampu bergerak tanpa menggunakan bateri. Ia hanya menggunakan air garam. Kereta ini perlu dipasang mengikut arahan yang diberikan untuk menggerakkannya. Ia sesuai dijadikan bahan pelajaran kepada kanak-kanak mengenai tenaga baru yang mesra alam. Pilihan yang terbaik untuk dijadikan hadiah ataupun projek sains ketika masa lapang.



Pada ayah, babah, daddy dan sebagainya panggilan yang sewaktu dengannya, elok lah beli yang ni dari yang besi tu. sebabnya kenapa. Sebabnya korang tak perlu risau tentang tenaga nak gerakkan kereta ni, dah jimat pakai garam je bukan pakai beteri. Lagi satu anak- anak kita pun rasa teruja cam mana benda ni leh gerak cam tu sekali pakai titisan garam. Ilmu tu!!.. nanti anak anda banyak tanya jangan pening lak nak menjawapnya hehehheh.... Aku rasa ni salah satu produk terbaik nak mendidik anak kita yang suka sgt dengan kenderaan.

Kalau ada yang berminat nak membeli atau bertanyakan soalan ke leh lah email ke hargaruntuhnew@gmail.com, kasi letak tajuk 'Salt Water Car'.

Bye...

Monday, August 13, 2012

Hadirnya iOS 6

Haiii seronoknya iOS 6 akan dilancarkan tidak lama lagi... yah.hoooo

Apple menjanjikan perfoma iOS 6 akan jauh lebih canggih dibanding versi 5. Benarkah? Mari kita lihat satu demi satu fitur baru yang ditawarkan oleh Apple, melalui iPhone, iPad mahupun iPod. Apa yang kita tahu kita kena berkongsi supaya ilmu diberkati.. ok mari kita mulakan.

1. Peta yang tampil berbeza.
Melalui Peta (MAPS) yang sudah terinstall di iOS 6 ianya akan membuat cara kita melihatnya berbeza dalam sesebuah peta. Serba baru dan lebih detail dan menarik.

2. Facebook yang terintegrasi.
Kegilaan zaman sekarang ni. Melihat perkembangan FB yang masih terus bertahan dengan tegarmya, maka Apple amat berminat dnegan aplikasi FB dan memasang FB dalam aplikasi iOS 6 secara default. Maka tak perlulah korang nak cari kat Apple Market software FB ni dah siap ada dan telah disesuaikan secara sempurna untuk aplikasi Apple.

3. Telepon
Dengan iOS 6, maka kita mampu menjawab panggilan telepon dengan pesan tertulis (SMS) yang sudah disiapkan. Dengan demikian komunikasi via telepon akan lancar dan tidak akan terputus. Tapi tak tau lah bergantung kepada telco yang korang guna juga.

4. Photo Streams
Photo Streams sekarang dipakai untuk berbagi foto pilihan dengan memilih rakan yang akan kita kirimkan. Syaratnya pengguna haruslah menggunakan iCloud pada perangkat iOS 6 atau Mac yang dijalankan dengan Mountain Lion. Selanjutnya pengguna akan mendapatkan foto dari rakan yang lain dengan cepat di aplikasi Photo atau iPhoto. Jadi kalau nak kirim photo raya ke kat saudara mara ke dah mudah semua orang boleh melihatnya asalkan memenuhi syarat kat atas tu hehheheh.

Dari 4 item tersebut di atas, sebenarnya masih banyak item lain yang merupakan kelebihan dari iOS 6. Jadi korang tunggulah kemunculannya.

Bagi pengguna Apple mahupun yang baru berjinak - jinak memiliki produk Apple, elok lah korang milikinya jika minat pada teknologi dan mengejar dunia tanpa sepadan..

Apa - apa pun terima kasih kerana sudi membaca artikal ringkas, dari semasa kesemasa akan ada cerita dan knowledge baru yang akan dikongsi bersama.

Terima Kasih... Selamat HAri Raya

Sunday, April 22, 2012

New Ipad

Hari ni aku nak berkongsi serba sedikit berkenaan New Ipad yang baru dilancarkan di Malaysia pada 20/04/2012 Jumaat lalu.  Kebanyakkan orang menilai New Ipad dan Ipad 2 adalah sama, disebabkan secara fizikalnya memang nampak sama. 

Tetapi bagi "heavy user" Ipad 2, ciri2 yang ada pada New Ipad akan memberikan wajah baru dalam dunia teknologi dan cara penggunaannya. Serta ini lah yang dinanti-nantikan selama ini. 

Bagi user-user diluar sana yang menilai New Ipad adalah satu pembaziran sebab katanya sama je cam Ipad 2, ni aku nak berkongsi serba sedikit yang akan mengubah pandangan korang terhadap New Ipad.

......selidik dulu baru buat penilaian ..hhuuuu

Aku nak berkongsi dengan korang serba sedikit kelebihan dan kemampuan New Ipad  antaranya:
  1. Kemampuan prosessor (Dual-core Apple A5X) dengan kekuatan 2 kali CPU dan 4 kali GPU daripada  iPad 2
  2. Dilengkapi dengan retina display dengan resolusi layar yang luar biasa.
  3. Mendukung resolusi 2048 x 1536 piksel lebih baik daripada sebuah TV LCD 40 inci.
  4. 5-megapixel iSight camera pic terbaik.
  5. Wi-Fi (802.11a/b/g/n) dan Bluetooth 4.0 technology terkini.
  6. Built-in 42.5-watt-hour rechargeable lithium-polymer battery yang mampu bertahan selam 10 jam.
  7. AirPlay video streaming to Apple TV (second and third generation) at up to 1080p HD
  8. Dilengkapi dengan Video recording, HD (1080p) sehingga 30 frames per second dengan audio, baik punya.
  9. EMPAT games terbaik bagi menguji kehebatan kemampuan New Ipad dengan screen retina terkini, dengan aplikasi yang menghasilkan 3 million plus pixels iaitu  --> Sky Gamblers: Air Supremacy --> Modern Combat 3: Fallen Nation --> Real Racing 2 HD--> Infinity Blade II
  10. Rugi kalau tak milikinya... sbb harganya sama seperti Ipad 2 pada awal pengeluaranya iaitu RM1499 (16G) wifi yang mampu dimiliki.

Terima Kasih...

Wednesday, April 4, 2012

MELT IN MOUTH GERMAN COOKIES





Assalamualaikum & salam satu Malaysia..
Ha hari ni aku nak bawa korang merasai kesedapan daripada air tangan korang sendiri nak buat German Cookies ni. Sejarah cookies ni aku pun tak pasti cam mana leh dapat nama tu.. emm?? korang tau ke..hhhuu.

Ok.. sebelum aku panjang lebar, nak juga aku perkenalkan pembuat cookies ni, isteriku tersayang Aina. Dia ni suka memasak, macam-macam jenis dia boleh masak... ckp je, leh je dia masak insyallah.. hehheh. Tah cam mana hari ni isteriku nak buat cookies, resepi ni tercetus dipemikiran isteriku, setelah merujuk beberapa blog masakan yang dikunjungi dan mencuba dan menjadi. Disebabkan hasilnya menjadi dan memang 'Melt In Mouth', kerana aku yang jadi testernya...maka aku nak share proses pembuatannya. Manalah tau leh buat tuk raya yang bakal menjelang tiba ni... eh lupa lak nak ucap Selamat Berpuasa kepada anda semua.
Apa tunggu lagi...jom kita mula...

Bahan-bahan untuk menghasilkan German Cookies ni ialah :

125gm butter yang telah dilembutkan dengan suhu bilik
40gm gula icing, diayak dengan penuh semangat
1 teaspoon, untuk biskut perisa Vanila.
2 teaspoon sebuk koko, optional (ni kalau korang nak menghasilkan cookies tadi berperisa cokelat)
125gm potato starch
80gm tepong kek/tepung gandum


Emmm... korang semua mesti tak sabar cam mana lah nak buatkan. Mudah je, akan aku ringkaskan seringkas-ringkasnya.

Sila ikut langkah ini dengan teliti, kalau tak cookies tu bukan melt in mouth korang, melt kat plat pembakar nanti hehehhe...

Langkah 1 :
Korang gi ambik mangkuk pengadun korang, letakkan butter dan gula icing pukul sehingga gebu dan ringan. Bila dah gebu dan ringan tambahkan asen vanila dan gaul rata, maksudnya kasi sebati. Bukan ratakan cam nak simin batu bata tau.





Langkah 2 :
Gi ambik ayak tepung. Ayakkan tepung kek/tepung gandum dan potato starch kedalam adunan pada langkah satu tadi tu. Gaul dengan sepatula sehingga mendapat doh yang lembut.

Ha ni nak bagi tau rahsia ni, daripada pembacaan isteriku di blog-blog masakan, katanya kalau doh korang terasa cam lembut sesgt, balut dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk pada bahagian bawah tau, bukan bahagian atas yg beku tu, kang keras belangkong lak jadinya... Simpan di dalam peti sejuk selama 15-20 minit. Yang penting jari kasi lentik cam pic ni hhuuuuhh..untuk menguatkan lagi cengkaman plastik yang dibalut doh itu tadi :)




Langkah 3 :
Gentel doh tadi cam bola agak-agak korang lah nak buat besar mana pun ikut keselesaan, tapi dicadangkan sizenya 2cm je huuhhuuu.. dan susun diatas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tapi kalau loyang korang jenis non stick punya takyah letak kertas pembakar tu key..

Bagi yang nakkan terhasilnya bercorak, korang guna garfu. Mudah je, tekan doh yang korang buat tadi dan akan terhasilnya jalur. Kalau nak corak lain ikut kretiviti masing-masing. Tips nak share ni.. rasanya semua org tau ni, tapi tak pelah ada ilmu kenelah berkongsi baru lah berkat ilmu tu kan. Korang buat corak guna garfukan, nak mengelakkan daripada melekat doh tadi pada garfu, celupkan dengan air dan tekan doh diulangi cara yang sama pada doh-doh yang lain. Harus diingat celup GARFU!! bukan doh korang ngan air tau....



Langkah 4 :
Bakar pada oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15mint je, jangan lebih jangan kurang... dan kedudukan loyang pembakar diletakkan pada bahagian atas sekali didalam oven pembakar. Dalam jangkaan 15 minit cookies tadi akan kelihatan keperangan.

Selesai...
Selamat mencuba.....

Mana tahu anda nak buat tempahan bolehlah KLIK DISINI
Segalanya akan diuruskan oleh ADMIN (kod: GermanCookies-01G)

Monday, March 19, 2012

GAJI PROGRAMMER GOOGLE?

TAHUKAH ANDA BERAPA GAJI PROGRAMMER GOOGLE? | Google telah lama diketahui sebagai tempat terbaik untuk bekerja. Mereka menawarkan makanan percuma, tempat bersenam, tempat berehat dan potong rambut profesional di pejabat mereka di California. Perkara tersebut telah menjadikan mereka syarikat pilihan pekerja dari seluruh perniagaan yang ada di dunia.
 
Selain dari persekitaran tempat kerja yang relax dan makan free mestilah gaji pekerja Google menarik juga kan. Tahukah anda berapa gaji pekerja-pekerja Google? Data berikut tidak terlalu mudah dicari, jika anda tidak percaya, anda boleh search di Google.

Berikut adalah statistik gaji pekerja Google yang cukup menarik.
1. Google Programmer di Phoenix – $174,000 setahun

2. Google Programmer di California – $197,000 setahun

3. Google Programmer di Chicago – $222,000 setahun

4. Google Programmer di New York – $242,000 setahun

(menurut Indeed.com)

Itu hanya gaji… apa lagi yang ditawarkan Google kepada pekerjanya?

1. Google akan membayar $8,000 setahun jika anda mahu sambung belajar. Mereka hanya mengharapkan keputusan gred “B”.



2. Jika anda memperkenalkan seorang pekerja untuk menjadi staff Google dan mereka bertahan untuk 60 hari, Google akan membayar $2,000 kepada anda.

3. Jika anda hendak mengambil anak angkat, Google akan memberikan $5,000 untuk urusan legal dan kos.

4. Bergantung kepada berapa lama anda bekerja di Google, anda akan mendapatkan sehingga dengan 25 hari bonus hiburan dalam setahun.

Satu lagi perkara yang menarik dari segi pendapatan pekerja Google, menurut New York Times, kira-kira ada 1,000 pekerja Google yang mempunyai saham dengan nilai $5 juta dollar.

Masih menurut New York Times, setiap pekerja yang bersama Google untuk setahun sahaja memiliki nilai lebih dari $250,000.

Pesaing google mengatakan bahawa programmer Google telah menikmati 50% kenaikan gaji dalam beberapa tahun terakhir ini.

Apa yang nak dikongsi disini, nampak dari kisah pekerja Google ini ialah syarikat yang menawarkan ganjaran dan tempat kerja yang menarik dapat memberi semangat bekerja kepada pekerjanya yang akhirnya mereka akan bekerja bersungguh-sungguh,setia dan rela buat apa sahaja demi keuntungan syarikat.

Sumber

Bestnya lah kan....

Wednesday, March 7, 2012

Krusus Linux Red Hat

Syukur Alhamdulillah...

Dapat juga aku menghadiri krusus anjuran tempat kerja ku berkenaan Linux Red Hat (Server) selama 4 hari ni. Ni bermakna aku takda kat opis sepanjang minggu ni kecuali hari Jumaat nanti...hehhe. Harap - harap takda lah keje menimbun balik opis nanti.

Saja nak berkongsi ngan korang semua, pengalaman menghadiri krusus ni banyak gak lah yang memeningkan dan yang menyeronokkan sbb benda baru kan kita nak terokai, jadi semangat ingin tahu tu tinggi. Actually....guru yang mengajar, amat -amat berpengalaman dan mudah untuk aku memahami apa yang diajarkannya. Kalau ikut buku pehhh .. tebal ya amat, mau tak terbaca.

Secara rumusnya apa yang aku dapat simpulkan, Linux menggunakan pelbagai 'code statement' untuk mengendali operasinya yang pada mulanya agak sukar.. tapi rasanya dah leh tangkap serba sedikit cara dan teknikal yang perlu diketahui, untuk mengoperasikan Linux.

Kalau ikutkan pendapat aku....jika korang mahir macam - macam leh buat, dan confirm  boleh menghasilkan sesuatu yang bermakna dan leh gak jadi hackes hhuuu...

Ni lah tempat aku berkrusus cantik tak hhuuu.....kalau terooo, tekalah kat mana ni....
Hari pun dah lewat malam dah ni.. hujan lak tu dari tadi, mata lak nak pejam... esok last krusus....
hureyyyyyy...!!!!

Semoga ilmu yang aku dapat ni, leh lah aku gunakan sebaik mungkin dan berkongsi kepada sesiapa yang memerlukan....... insyallah. Bunyi cam teroo je aku ni hhuuuu.....

Apa-apa pun selamat melelapkan mata...... cau ci cau...
Wassalam.....

Saturday, February 18, 2012

Dinar & Dirham

Assalamualaikum Salam Sejahtera hari aku nak berkongsi satu perkara tak tau lah korang dulu yang dah explore ke benda ni. Tapi apa-apa pun aku nak berkongsi ngan korang semua diluar sana.

Banyak persoalan yang aku sendiri masih keliru berkenaan Dinar dan Dirham. Aku pun salah sorang pengumpul tapi tak banyak lah, baru berjinak-jinak. Aku jadi kurang mengumpul dan menyimpan Dinar dan Dirham ni beberapa sebab :

1. Mana nak tolak jika kita perlukan tunai apabila terdesak kelak?
2. Bank mana yang terima atau tak da bank yang terima langsung?
3. Berbaloi ke untuk dibuat pelaburan?

Tiga sebab ni selalu bermain diminda aku sbb aku memang teringin nak menambahkan simpanan aku melalui Dinar dan Dirham ni. Tiga perkara diatas lebih kepada Dinar... manakala Dirham wallahualam lah cam mana.

Tapi aku ada jumpa satu laman web yang aku kira amat-amat berbaloi dan berguna untuk korang layari sebabnya urusan jual beli boleh menggunakan Dinar atau Dirham untuk membeli. Boleh tahan juga barangan yang dipersembahkan.  Kalau korang nak layarinya klik je link ni http://www.dinardirham.com nampak ada juga berguna Dinar dan Dirham kita simpan ni.

Kalau kita cari kat google berkenaan Dinar dan Dirham kebanyakkannya membuat promosi jualan je tapi tak terangkan kat mana pula nak menjualnya kembali. Bukan apa, kita simpan banyak dan berganda-ganda bila sampai masa terdesak dan perlukan tunai dimana kita nak tunaikanya???

Ada juga aku baca dulu bank rakyat tak terima dinar, tapi sekarang dah terima kot tapi ada lak syaratnya. Beberapa perkara yang aku baca dalam pelbagai blog dan forem berkenaan dinar yang diterima oleh Bank Rakyat adalah seperti dibawah, bank lain takda pulak aku dengar yang menerimanya kenapa aku pun tak pasti..

Apa yang aku baca dalam forem dan blog berkenaan Dinar/Dirham (aku ringkaskan je ni) :
1. Bank Rakyat menerima Dinar sekarang ni tapi jenis Dinar Kelantan. (artikal dalam blog)
2. Bank Rakyat nak Dinar yang berlaminate kalau tak dia tak terima (cerita dalam forem)
3. Dinar jenis lain Bank Rakyat tak terima, kenapa? dia orang pun tak pasti (cerita dalam forem)
4. Ada sesetengah Bank Rayat yang menerima Dinar. Bank rakyat yang mana tak diberitahu. (cerita dalam forem)
5. Nak guna Dinar dalam jual beli leh buat kat sini http://www.dinardirham.com (aku jumpa web ni masa mencari artikal berkenaan Dinar & Dirham)
6. Ada pulak mengatakan nak tolak ke bank kena ada resit bagi Dinar tu.(artikal dalam blog)
7. Dinar dan Dirham tidak sesuai dijadikan pelaburan?? (artikal dalam blog)

Ni banyak berkenaan Dinar je, manakala bagi Dirham aku pun tak tau lah apa citanya jika dibandingkan silver-silver yang lain, ada juga nampak jual belinya walaupun tak meluas. bagi Dirham??


Aku mengharapkan diperbanyakkan info berkenaan Dinar dan Dirham. Jadi kita semua tak terpinga-piga tentang ni. Sebab selalu didedahkan dengan Gold coin dan Silver Coin jenis yang lain yang banyak diterima dipasaran... korang pun tau kan jenis apa..hhuu :)




Sekadar info kepada korang diluar sana, bagi pemegang-pemegang Dinar dan Dirham cam aku juga, kita kena perbanyakkan info dan ilmu berkenaan perkara ni, dan berkongsi ilmu yang kita perolehi, agar diberkati dan tahu kemana hala tujunya nanti.

Apa-apa pun terima kasih kerana setia membaca artikal dan nukilan dari saya... ilmu itu ibarat roda, jika kita tak memutarkannya maka tidak kemana ilmu yang kita perolehi.

Sunday, February 12, 2012

PENGUKURAN ZAKAT DENGAN EMAS

Haii apa khabar semua, hari ini aku nak berkongsi sesuatu yang cukup bermakna, bagi semua umat islam dimuka bumi berkenaan Zakat dan tak juga kepada kaum yang lain, mungkin sebagai penambah ilmu pengetahuan anda semua.

Terdapat 5 syarat umum diwajibkan zakat:
       a.       Islam.
       b.      Merdeka.
       c.       Milik Sempurna.
       d.      Cukup Nisab.
       e.      Cukup Haula.

Topik yang akan dibincangkan ni adalah daripada pengalaman pembacaan aku yang memang suka membaca apa sahaja yang aku rasa berkaitan dan boleh dikongsikan bersama.

Sebagai renungan bersama. Sekarang kita banyak didedahkan dengan kemerosotan inflasi, terutama mata wang. Mungkin korang tak perasan dan tidak ambil tahu tentang perkara ni, mulai sekarang BANGUN!!! BANGUN!!!  sedarkan diri, kerana pada satu hari nanti wang kertas yang kita pegang ni sama seperti nilainya sekeping kertas biasa.

Sekarang ini kemerosotan nilai wang dunia masih lagi dapat dikawal, tetapi kesannya sama sekali kita dapat rasakan dan akan menjejaskan mata wang lain secara keseluruhannya.  Kenapa aku kata cam tu sekarang anggap lah gaji korang RM2000 – RM3000 sebulan. Walaupun gaji kita naik tapi barangan keperluan juga naik dan kos lain yang dahulunya rendah naik juga walapun tidak ketara.. emm serupa je naik gaji benda lain pun naik gak..(walaupun kita dah byk duit tapi still sama je..hhuu nak bayar itu ini, kadang-kadang tak cukup lak jadinya.. kenapa yep?? Fikir-fikirkanlah)

Dah panjang sangat mukadimah aku tu.. huu kang menguap lak korang. Oklah kita berbalik kepada matlamat utama ku membuat penulisan pada hari ni berkenaan Zakat. Kita semua sekarang sudah sedia maklum bahawa pasaran emas semakin diketahui ramai tapi ada juga yang lupa sebenarnya dia juga telah mengikuti nya senang cita pelaburan emas. Kenapa aku kata cam tu sbbnya, wanita tidak akan ketinggalan membeli barang kemas tul tak??? Sambil membeli dan memakai sebenarnya itu juga pelaburan. 

Apa kaitanya topik aku PENGUKURAN ZAKAT ngan emas.. hhuuu kebanyakkan kita sudah lupa kita perlu membayar zakat harta apabila sudah cukup nisab dan haulanya. APA tu Nisab dan apa lak haula???. Secara ringkasnya adalah seperti berikut :

Nisab : berat minimum yang dikenakan zakat. Kadar 2.5% zakat dikenakan daripada keseluruhan gram emas yang dimiliki.
Haula : tempoh masa untuk keluarkan zakat. Syaratnya emas yang tersimpan wajib dikenakan zakat sekiranya cukup Nisabnya. Tempoh masa haula selama 1 tahun mengikut kalender Hijrah.

Dalam zakat adanya Uruf. Apa pula uruf??? Secara ringkasnya seperti berikut :

Uruf: nilai kebiasaan perhiasan pemakaian emas bagi wanita dan nilaian tersebut berbeza mengikut tempat seperti contoh wilayah persekutuan 150g manakala Selangor 800g. Jika pemakaian emas wanita tersebut melebihi nilai uruf dan keatas maka lebihan itu wajib dikenakan zakat dengan menolak Uruf terlebih dahulu.

Ingat kekwan hukum Zakat adalah WAJIB!.

Berdasarkan firman Allah yang bermaksud.
‘Dan meraka menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya  pada jalan Allah (mengeluarkan zakat), maka khabarkan kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka ini adalah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu’  (at-Taubah;ayat 34-35)

KADAR NISAB diketegorikan kepada dua bahagian iaitu :
  •  Emas yang disimpan - emas yang tidak digunakan langsung sebagai perhiasan.*Kadar Nisab adalah bersamaan 20 dinar = 85g (1 dinar = 4.25g)  
  • Emas yang digunakan. - tidak dikenakan zakat, KECUALI melebihi nilai Uruf (nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita ) mengikut tempat.


KADAR ZAKAT. Cam mane yeh masih tak paham pengiraan nak kene Zakat ke tidak ni?? Mudah je, akan ku ringkaskan seringkas ringkasnya seperti berikut :

  • Perkara penting :      Hanya 2.5% sahaja daripada nilai keseluruhan emas korang tu akan dikira.. bukan semua sekali, mau pitam kang hhuu…
  •  Manakala bagi perhiasan wanita yang digunakan akan ditolak dengan Uruf terlebih dahulu baru dikira kadar zakat yang perlu dizakatkan.

Aku rasa korang mesti peningkan jadi aku tunjukkan lah dalam senario dibawah ni :

  • SENARIO PERTAMA.
Korang ada emas seberat 200g yang tidak digunakan langsung simpan je peram cam nak buat jeruk. Korang ingat tak kadar nisab yang dikenakan bagi memenuhi syarat berzakat salah satunya anggaran berat keseluruhan emas korang 85g atau lebih dah kena zakat. Maka cara nak kiranya cam ni :

Langkah 1 :
200g (keseluruhan emas korang) x 2.5% (kadar peratus yang perlu dizakatkan) = 5g (Nilai zakat yang perlu dikeluarkan)

Langkah 2:
5g (Nilaian yang perlu dizakatkan) x RM165 (anggaplah harga emas ketika itu RM165, bagi harga emas semasa pergram) = RM835 (Jumlah bayaran yang dizakatkan)

Maka RM835 lah korang kene zakatkan. Mudahkan

  • SENARIO KEDUA
Isteri korang memakai emas sebagai perhiasan 250g secara keseluruanya. Cara pengiraan zakatnya perlu ditolak dengan Uruf.  Gi tgk atas balik kalau lupa apa itu Uruf. Cara kira lak berbeza, cam ni caranya :

Langkah 1:
250g (nilai keseluruhan berat pemakaian hiasan) – 150g (nilai Uruf bagi wilayah persekutuan dan berbeza nilai urufnya mengikut tempat) =100g ( baki gram setelah ditolak Uruf)

Langkah 2:
100g (baki gram setelah ditolak Uruf) x 2.5% (kadar peratus yang perlu dizakatkan) = 2.5g (Nilai zakat yang perlu dikeluarkan).

Langkah 3:
2.5g (Nilai zakat yang perlu dikeluarkan) x RM165 (anggaplah harga emas ketika itu RM165, bagi harga emas semasa pergram) = RM412.5 (Jumlah bayaran yang dizakatkan)

Maka RM412.5  lah korang kene zakatkan.

*Info : bagi perhiasan yang mempunyai batu permata atau hiasan lain bersama emas.
   Hanya berat emas itu yang akan dikira.

PERKARA YANG HARUS ANDA TAHU
1.       Emas yang tiada nilai Uruf adalah :
a.       Emas pelaburan, kerana ia bukan barang perhiasan bagi wanita.
b.      Barang kemas milik lelaki kerana lelaki diharamkan memakai emas sebagai perhiasan.

2.       Emas yang tidak dikenakan ZAKAT:
a.       Emas yang digunakan bagi tujuan perubatan dalam tubuh badan seperti  :
-          Gigi palsu.
-          Implan dalam jantung.

Semoga segala ilmu ni dapat dikongsikan bersama, dan diberkati . Harap-harap korang paham lah apa yang aku ingin sampaikan. Berzakatlah untuk membersihkan harta yang kita miliki kerana itu semua datang dari Nya amin.

Terima Kasih

Cara membersih barangan Silver. Senangnya...

Assalamualaikum/ Salam sejahtera
kepada pembaca blog ku yang setia dan tak lupa juga kepada para pengunjung baru blog ni.

Hari ni aku nak berkongsi ngan korang teknik mudah nak membasuh Silver korang yang selalunya korang sental bagai nak gila tapi still cam tak bersih je..hhuu..

Secara ringkasnya apa yang diperlukan :
1. Benda yang diperlukan sebelum memulakan proses ni.. tentunya Silver korang, kalau tak apa yang nak dibasuhkan heheh.
2. Bekas plastik atau kaca yang boleh menadah air, cthnya mangkok.
3. Soda bikarbonat atau serbuk soda atau natrium bikarbonat.
4. Aluminium foil.
5. Sudu atau grafu plastik
6. Air panas mendidih



Caranya :
1. Letak silver anda di dalam mangkuk berisi aluminium foil dan serbuk soda secukup rasa. (peringatan jgn korang gi rasa pulak soda tu, kang berbuih mulut jadinya)
2. Curahkan air panas mendidih. Anda akan nampak buih halus akan keluar dari celah-celah silver.
3. Biarkan selama setengah jam atau lebih dia kan berbuih-buih.
4. Kemudian angkat (guna sudu aatau grafu plastik) bilas dengan air bersih.

Penerangan sains:  
Soalan : Apa fungsi aluminium foil tu? Kalau direct masuk bekas kaca/plastik tak boleh ke?
Jawapan : Ini untuk menghasilkan proses elektrolit. Aluminium foild bertindak sebagai penyerap kotoran, karat, oksida etc. serbuk soda adalah sebagai “alat” bagi proses pemindahan tersebut berlaku.

Pehhhhh....silver aku ke ni bersihnya....hehehh
jadi kongsikanlah maklumat ini kepada rakan-rakan kita diluar sana.

Selamat Mencuba...

Wednesday, January 18, 2012

Kiblat kat sini arah mane ye????




Assalamualikum...

 ... ha!! ni aku nak berkongsi sesuatu yang amat-amat berguna bagi seluruh umat beragama islam.
Jangan terkejut jika masih ramai yang tidak tahu bagaimana untuk mencari arah kiblat dengan berpandukan kompas atau islamic kompas atau sejadah berkompas, sbb aku pun baru tau caranya yang betul.

Mengikut kajian aku sendiri lah, rata-rata masyarakat kita masih kurang arif dalam membaca kompas, tul tak? yang kita tau tgk jarum tu pusing-pusing last-last kita pun tak tau apa kita sedang tengok hehheh.

Maka dengan itu, wajarlah lah kita belajar cara-cara membaca kompas dalam mengatasi permasa’alahan menentukan arah kiblat. Mungkin pihak masjid atau sekolah-sekolah boleh mengendalikan kursus membaca kompas atau kaedah lain dalam menentukan arah kiblat, sama ada dengan melihat kedudukan bintang, bulan dan matahari.

Apakah hukum belajar teknik menentukan arah kiblat????…. wallahualam, maklumlah aku pun tidak arif dlm soal hukum ni. Maka ustaz-ustaz yang arif boleh lah tolong memberikan jawapan untuk kita semua, agar dapat dikongsi bersama.

Secara umumnya, nak kongsi pembacaan aku ni…
arah kiblat bukan semata-mata melihat arah matahari terbenam sahaja. Ia hanya panduan dari arah Asia Tenggara. Aku ada juga bertukar-tukar pendapat dan pernah bertanya kepada seorang rakan, kalau kita di Somalia, Nigeria.. dimana arah kiblat kita???. Katanya arah kiblat kita bukan ke barat tetapi ke arah timur. Kita perlu tahu serba sedikit ilmu geography dlm menentukan arah kiblat, jadi adik-adik dan kita-kita ni belajarlah ilmu geography sebaik mungkin...hehhe.

 Jika menggunakan kompas atau sejadah berkompas, ramai yang melakukan kesilapan mencari arah kiblat. Mereka memusingkan kompas sehingga jarum (merah) menunjukkan arah bertanda ka’abah. Sebenarnya arah itu adalah arah utara. Kalau kita berada di Yamen, maka arah kiblat kita betul. Tapi jika di Malaysia, kita berkiblatkan Thailand.

Kita perlu faham bahawa, jarum kompas sentiasa menunjukkan arah utara. Ka’abah tidak mengeluarkan medan magnet… maka tiada satu jarum dalam dunia dapat mencari ka’abah. Yang perlu kita lakukan ialah belajar, mencari dimana kedudukan ka’abah dari tempat kita berada.

Pada kompas islam atau sejadah berkompas, terdapat nombor-nombor sudut dari 0 hingga 360. Apakan makna disebalik nombor-nombor ini??. Nombor bermaksud, bearing kedudukan antara lokasi kita dan juga lokasi ka’abah. Jika di malaysia… kita perlu memusingkan sejadah kita sehingga jarum kompas menunjukkan arah nombor 80. Ka’abah berada kira-kira 80 darjah barat dari Malaysia. Sesudah arah jarum utara berada pada kedudukan nombor 80, maka arah simbol ka’abah adalah arah kiblat yang betul.

Jika kita pergi hotel… Arah kiblat hotel tidak semestinya selalu betul. Jika mereka menyusun sejadah dengan arah jarum kompas mengadap simbol ka’abah… bermakna arah solat mereka adalah utara, bukannya arah Makkah.

Maka perlulah kita belajarlah dari mereka yang arif dalam ilmu-ilmu falaq syarie dalam hal-hal berkaitan kiblat nie. Sbb aku pun masih mempelajarinya... semoga ilmu yang korang dapat ni dikongsikan bersama sama.

Wallahulam…