Sunday, April 22, 2012

New Ipad

Hari ni aku nak berkongsi serba sedikit berkenaan New Ipad yang baru dilancarkan di Malaysia pada 20/04/2012 Jumaat lalu.  Kebanyakkan orang menilai New Ipad dan Ipad 2 adalah sama, disebabkan secara fizikalnya memang nampak sama. 

Tetapi bagi "heavy user" Ipad 2, ciri2 yang ada pada New Ipad akan memberikan wajah baru dalam dunia teknologi dan cara penggunaannya. Serta ini lah yang dinanti-nantikan selama ini. 

Bagi user-user diluar sana yang menilai New Ipad adalah satu pembaziran sebab katanya sama je cam Ipad 2, ni aku nak berkongsi serba sedikit yang akan mengubah pandangan korang terhadap New Ipad.

......selidik dulu baru buat penilaian ..hhuuuu

Aku nak berkongsi dengan korang serba sedikit kelebihan dan kemampuan New Ipad  antaranya:
  1. Kemampuan prosessor (Dual-core Apple A5X) dengan kekuatan 2 kali CPU dan 4 kali GPU daripada  iPad 2
  2. Dilengkapi dengan retina display dengan resolusi layar yang luar biasa.
  3. Mendukung resolusi 2048 x 1536 piksel lebih baik daripada sebuah TV LCD 40 inci.
  4. 5-megapixel iSight camera pic terbaik.
  5. Wi-Fi (802.11a/b/g/n) dan Bluetooth 4.0 technology terkini.
  6. Built-in 42.5-watt-hour rechargeable lithium-polymer battery yang mampu bertahan selam 10 jam.
  7. AirPlay video streaming to Apple TV (second and third generation) at up to 1080p HD
  8. Dilengkapi dengan Video recording, HD (1080p) sehingga 30 frames per second dengan audio, baik punya.
  9. EMPAT games terbaik bagi menguji kehebatan kemampuan New Ipad dengan screen retina terkini, dengan aplikasi yang menghasilkan 3 million plus pixels iaitu  --> Sky Gamblers: Air Supremacy --> Modern Combat 3: Fallen Nation --> Real Racing 2 HD--> Infinity Blade II
  10. Rugi kalau tak milikinya... sbb harganya sama seperti Ipad 2 pada awal pengeluaranya iaitu RM1499 (16G) wifi yang mampu dimiliki.

Terima Kasih...

Wednesday, April 4, 2012

MELT IN MOUTH GERMAN COOKIES





Assalamualaikum & salam satu Malaysia..
Ha hari ni aku nak bawa korang merasai kesedapan daripada air tangan korang sendiri nak buat German Cookies ni. Sejarah cookies ni aku pun tak pasti cam mana leh dapat nama tu.. emm?? korang tau ke..hhhuu.

Ok.. sebelum aku panjang lebar, nak juga aku perkenalkan pembuat cookies ni, isteriku tersayang Aina. Dia ni suka memasak, macam-macam jenis dia boleh masak... ckp je, leh je dia masak insyallah.. hehheh. Tah cam mana hari ni isteriku nak buat cookies, resepi ni tercetus dipemikiran isteriku, setelah merujuk beberapa blog masakan yang dikunjungi dan mencuba dan menjadi. Disebabkan hasilnya menjadi dan memang 'Melt In Mouth', kerana aku yang jadi testernya...maka aku nak share proses pembuatannya. Manalah tau leh buat tuk raya yang bakal menjelang tiba ni... eh lupa lak nak ucap Selamat Berpuasa kepada anda semua.
Apa tunggu lagi...jom kita mula...

Bahan-bahan untuk menghasilkan German Cookies ni ialah :

125gm butter yang telah dilembutkan dengan suhu bilik
40gm gula icing, diayak dengan penuh semangat
1 teaspoon, untuk biskut perisa Vanila.
2 teaspoon sebuk koko, optional (ni kalau korang nak menghasilkan cookies tadi berperisa cokelat)
125gm potato starch
80gm tepong kek/tepung gandum


Emmm... korang semua mesti tak sabar cam mana lah nak buatkan. Mudah je, akan aku ringkaskan seringkas-ringkasnya.

Sila ikut langkah ini dengan teliti, kalau tak cookies tu bukan melt in mouth korang, melt kat plat pembakar nanti hehehhe...

Langkah 1 :
Korang gi ambik mangkuk pengadun korang, letakkan butter dan gula icing pukul sehingga gebu dan ringan. Bila dah gebu dan ringan tambahkan asen vanila dan gaul rata, maksudnya kasi sebati. Bukan ratakan cam nak simin batu bata tau.





Langkah 2 :
Gi ambik ayak tepung. Ayakkan tepung kek/tepung gandum dan potato starch kedalam adunan pada langkah satu tadi tu. Gaul dengan sepatula sehingga mendapat doh yang lembut.

Ha ni nak bagi tau rahsia ni, daripada pembacaan isteriku di blog-blog masakan, katanya kalau doh korang terasa cam lembut sesgt, balut dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk pada bahagian bawah tau, bukan bahagian atas yg beku tu, kang keras belangkong lak jadinya... Simpan di dalam peti sejuk selama 15-20 minit. Yang penting jari kasi lentik cam pic ni hhuuuuhh..untuk menguatkan lagi cengkaman plastik yang dibalut doh itu tadi :)




Langkah 3 :
Gentel doh tadi cam bola agak-agak korang lah nak buat besar mana pun ikut keselesaan, tapi dicadangkan sizenya 2cm je huuhhuuu.. dan susun diatas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tapi kalau loyang korang jenis non stick punya takyah letak kertas pembakar tu key..

Bagi yang nakkan terhasilnya bercorak, korang guna garfu. Mudah je, tekan doh yang korang buat tadi dan akan terhasilnya jalur. Kalau nak corak lain ikut kretiviti masing-masing. Tips nak share ni.. rasanya semua org tau ni, tapi tak pelah ada ilmu kenelah berkongsi baru lah berkat ilmu tu kan. Korang buat corak guna garfukan, nak mengelakkan daripada melekat doh tadi pada garfu, celupkan dengan air dan tekan doh diulangi cara yang sama pada doh-doh yang lain. Harus diingat celup GARFU!! bukan doh korang ngan air tau....



Langkah 4 :
Bakar pada oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15mint je, jangan lebih jangan kurang... dan kedudukan loyang pembakar diletakkan pada bahagian atas sekali didalam oven pembakar. Dalam jangkaan 15 minit cookies tadi akan kelihatan keperangan.

Selesai...
Selamat mencuba.....

Mana tahu anda nak buat tempahan bolehlah KLIK DISINI
Segalanya akan diuruskan oleh ADMIN (kod: GermanCookies-01G)