Thursday, December 22, 2011

Duit Kertas Baru Malaysia





Haii apa khabar semua,
hari ni aku rasa gembira sebab akhirnya Malaysia mengeluarkan duit kertas yang mengambarkan negara kita dimata dunia. Rekaan yang cukup menarik dan warna yang memukau, pasti membuatkan ramai kaki-kaki koleksi pasti akan membeli keluaran pertama wang keratas ni kat Bank Negara.

Disini aku nak berkongsi maklumat yang aku terbaca kat cisdel.com berkenaan wang kertas kita ni. Leh lah kita mengetahui sejarah dan cerita setiap satu wang kertas Malaysia baru ini dihasilkan.

Ciri-ciri Am Duit Kertas Baru Malaysia

Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.
Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.
Untuk duit kertas baru Malaysia kali ini, denominasi RM20 mula digunakan semula setelah diberhentikan beberapa tahun dahulu. Mungkin berita gembira buat kanak-kanak kerana mereka mungkin akan dapat duit raya RM20 pada tahun hadapan. Berikut adalah sedikit penerangan tentang duit kertas yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi.


Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adalah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.


Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi

Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

 Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut


Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.


Wang Kertas RM10 – Flora

Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.


Wang Kertas RM5 – Hidupan Liar


Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung  yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.

Wang Kertas RM1 – Sukan Tradisional

Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.
Sempena pengeluaran wang kertas baru Malayia ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit kertas peringatan yang dijual bermula pada esok hari,  22 Disember 2011 di tempat-tempat yang terpilih. Untuk keterangan lanjut tentang wang syiling baru ini sila rujuk sumber kami. Semoga post ini dapat memberi sedikit pengetahuan kepada para pembaca. Untuk keterangan lanjut sila layari sumber kami

Semoga bertambah ilmu kita semua dengan maklumat yang aku kongsikan ni... cantiknya duit kertas negara kita Malaysia.. inilah Keunikan Malaysia :)


 

Wednesday, November 30, 2011

BESTNYA RAYA.. korban..korban!!!





Hhhuuuu... hari yang ceria hari ni :) harap korang pun ceria lah juga hendaknya..
Salam, semua sihat??? kebelakangan ni aku sebuk sedikit dengan urusan kerja maklumlah tempat keje sekarang dah menggunakan sistem baru. Jadi aku pun terlibat sama dalam menjayakannya. Nak menaip panjang - panjang emm idea and mood lak malap je hari ni cam cuaca kita sekarang ni pagi hujan, tengahari hujan, ptg hujan, mlm hujan.. senang cita semualah hujan je...hehhehe.

Khas untuk tatapan korang semua, hari RAYA KORBAN 2011 dijayakan oleh para penduduk Shah Alam Seksyen 27, thanks to all. Aku main tangkap je ni, kalau korang perasan pic aku sendiri pun tak de, just pic hazeq adalah juga terselit hhuuu. Sambil menangkap sambil tu memahirkan diri menggunakan DSLR. Tapi apa pun i try my best... hhuuuuu.

Sinopsis sikit : Korban ni melibatkan para penduduk area rumah bapa mertua aku. Masa aku datang pun lembu dah semuanya tumbang, tak sempatlah nak take pic lembu yang masih bernyawa dan berkulit..hehhe. Emm tgk lah betapa berkerjasama para penduduk setempat menjayakannya, alhamdulillah. Kalau korang perasan yang berbaju biru ngan seluar sukan tu dan mengayakan tolak troli tu bapa mertua ku. Tengok pic sebelah ni... berbaju merah berkupiah ni, adik ipar aku, bagus orangnya peramah dan rajin. Manakala yang merenung berbaju biru, cam nak gigit danging korban ni ketegori pangkat atok gak ni, kalau mengikut hazeq, mudakan :) , dan pakcik berkupiah berbaju cokelat berseluar kelabu ni aku tak dapat kenal pasti sape hehhehe.. Apa-apa pun memang best, melihat semua berkerjasama sebagai satu pasukan. Walaupun duduk dibandar, suasana cam kat kampung, semua berusaha dan bantu membantu.. best..best.

Aku belajar take photo ni berpandukan buku je. Kesukaran yang aku dapat rasa melalui photography ni, adalah dari segi pencahayaan. Nak menghasilkan pic yg berkualiti, pencahayaan tu yg utama dan teknik setting pun kene seragam. Kalau kita ada camera hebat gila tapi teknik takda, pic akan nampak biasa aje dan tak da makna. Huuu pandai je aku berckpkan hehhe. Kalau korang nak tau mengenai photography, aku ada bahan rujukkan aku rasa terbaiklah. Nanti insyallah aku akan paparkan beberapa buku terbaik yang aku dah baca, mudah paham, menarik dan membuatkan kita lagi minat nak mendalami teknik photography... tungguuuuuu.....

Apa-apa pun Selamat Hari Raya Korban.Walaupun dah berlalu, dan aku pun lambat postkan kat blog ni, tetapi ia masih segara dalam ingatan..


Thanks to all... assalamulaikum.

Monday, November 7, 2011

Bersama Keluarga Main Layang-Layang





Huuu.. salam semua, lama gak aku dah tak membuat artikal kat sini. Maklumlah sebuk sedikit dan ada urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu..

Nak cita sikit ni, baru-baru ni aku gi main layang-layang bersama keluarga ku...BEST. Menghabiskan masa beriadah cam berkelah bersama keluarga tersayang, hehheeh romantik lah pulakan ayatnya. Kalau korang nak tau susah gak nak naikkan lelayang ni, aku tgk org sebelah senang je nak naik, tang aku aduhaiii naik sikit jatuh balik, kene belajar lebih ni teknik nak menaikkan lelayang ni. Kami ada kat sana pun tak lama sgt sebab tetibe je langit cam nak hujan, dengan sepantas kilat lah mengemas takut hujan turun kan.

Kalau kena kat kita tak pe, kene kat bebudak ni demam lak susah jadinya. Walaupun kelam kabut mengemas sempat gak lah menyinggah taman permainan atas permintaan my baby ni. Korang tengoklah sukA betul dapat main taman. Sebelah kanan ni my baby boy HAZEQ

Manakala sebelah kiri ni my baby AIRA. Tengoklah aira tu, berpeluh dibuatnya, mana taknya lari sini lari sana, panjat sini panjat sana. Tapi tak pelah asalkan sihat sejahtera anak-anak babah ni hhuuuu..

ALAMAK HUJAN !!!!.... cau ci cau....

Monday, September 5, 2011

Seni Grafik Bahasa Melayu






Salam satu Malaysia...

Hari ni aku nak berkongsi dengan korang satu benda baru yang aku terbaca kat majalah PC bulan September 2011 ni, berkenaan perisian Adobe Photoshop. Aku ni pun, masih belajar lagi untuk mendalami perisian ni. Pelbagai cara dan sumber aku terokai, nak belajar punya pasal mengenai Adobe Photoshop melalui YouTube, Blog dan buku, tapi masih aku rasa sukar nak menguasainya. Rumitnya, tuhan je yang tahu. Walaupun aku ni dalam bidang IT, susah gak nak memahirkan diri dalam seni grafik ni.

Kalau nak ikutkan, korang boleh gunakan pelbagai jenis software untuk membuat grafik ni. Tapi yang paling digemari Adobe Photoshop yang kini dah sampai versi CS5. Bagi yang tak penah guna perisian ni, elok korang cuba-cuba, banyak manafaatnya tau. Golongan Pro pun pakai perisian ni tau....:)

Huuhuuu... semua buku-buku yang terjual kat pasaran mengenai perisian ni banyak dalam Bahasa English, pening juga nak memahaminya, sebab ada kalanya maksud buku tu lain, kita lak baca and fikir jadi lain lak, dah jadi salah infomasi. Ada juga buku yang takda contoh paparan, lagi lah susah nak paham...baca punya baca satu apa pun tak paham.... hehhe.

Ha! apa yang aku nak kongsi ngan korang sebenarnya daripada majalah pc yang aku baca ni. Terdapat Tutorial mengenai perisian ini dalam bentuk Video CD  Adobe Photoshop CS5 mudah nak paham. Contoh tutorialnya yang menarik, ringkas dan dalam Bahasa Malaysia, konfirm faham punyalah. 

Didatangkan dengan Siri 1 hingga Siri 6, nasihat aku kepada korang,dari beli buku sampai berpuluh ringgit dan ada juga beratus ringgit, just nak belajar perisian ni...elok korang beli je CD ni, amat-amat berbaloi. Kalau nak cari kat luar aku rasa susah nak dapat kena-kena dalam Bahasa Malaysia video tutorial lak tu

Sebagai preview CD ni meh tengok bawah ni... pasti korang terujalah.. 



Rugi tau kalau tak memilikinya kan... 


Sunday, August 28, 2011

BERKEMAS..MEMBELI..MEMASANG...






Persiapan Hari Raya: ADUH.. penat sesangat aku hari ni....

Maklumlah nak menjelang Hari Raya... banyak benda nak kene siapkan. Emmm aku dah start cuti panjang seminggu ni, jadi apa lagi....gotong royong berpasukan lah jawapnya dengan wife, baby Hazeq dan baby Aira. Si kecik ni dua orang ni tukang monitor je hehhe.

Seawal jam 3:45am aku dah terjaga.. sahur dan terus mengemas. Benda pertama yang perlu dikemas ruang tamu ni. Kalau nak ikutkan nak kemas bilik dulu, tapi my baby dua orang ni masih di alam mimpi, jadi postpon jap.

Kemas punya kemas sampai kebilik-bilik (kemas bilik lepas my baby dedua tu bangun dalam kul 8:10am). Uii letihnya lah haii, rumah kecik je tapi kalau dah punggah, uhaiii.. nak tertanggal urat-urat badan ni.My baby dedua ni kalau dah bangun lagi lah susah sikit nak mengemas, ngan Hazeq keluarkan keretanya lak, nak main tengah bersepah-sepah ni... baby Aira lak nak berdokong je... dah cam sotong kurita dah tangan aku ni nak menghandel semuanya... hehehe.

Selesai mengemas rumah pada jam 12:30pm, itu bahagian bilik dan ruang tamu. Jap lagi nak mencabut langsir lak. Emmm... sebelum tu aku bercadang nak gi ke IKEA nak tgk bebarang apa yang sesuai nak dibeli ke, atau just nak jejalan merehatkan badan kat sana. Baru je bercadang wife aku terdengar terus jadi gi...hhuuhhhh...

Jam 1:40pm aku dan keluarga berada di IKEA Damansara dekat ngan rumah lagi pun. Ramai gak orang, aku ingatkan dah takda orang, semua balik kampung. Tengok lah si Hazeq, baru sampai dah posing kat sofa bintik-bintik :). Manakala pic sebelah kanan ni lak, wife aku nak tengok rak untuk dapur rumah, bagi yang tak pernah sampai ke IKEA ni, cam ni lah besar tempat barangan IKEA ni, jenuh nak cari kalau tak tau kod barangan tu...



Apa yeh tadi nak beli..lupa lak???. Emm...memula kesana nak melihat rak, nak meletak barang - barang aku, sebab rak aku dah jadi rak Hazeq letak kereta mainan dia. Emm tengok punya tengok, belik punya belik last-last lain lak jadi nya dibeli... hhhuu. Tapi tak pe berguna juga untuk rumah. Benda yang dibeli untuk raya ni, permaidani merah seakan merun dan permaidani bercorak kereta untuk bilik Hazeq dan barangan peralatan dapur. Cam model kita kat sebelah ni...tengah membelik-belik....heheheh

Lepas ke IKEA, kami sekeluarga ke  kedai pokok bunga, untuk dihiaskan di hadapan rumah. Leka kat sana.. jam kat kereta aku menunjukkan jam 5:05pm.. cepatnya masa berlalu.....huuiiiii. Sempat jugalah take pic baby Aira kat kedai bunga tu. Heran dia tgk banyak sangat bunga dan pokok-pokok kat situ

Sepantas kilat balik kerumah, sebab wife aku nak masak untuk berbuka puasa. Uiiiii kene cepat... kang tak sempat lak nak buka...hehehhe....:)

Tuesday, August 23, 2011

YA HABIBI....






Rezeki datang lagi Ramadan ni... syukur alhamdulillah.

Terima Kasih dariku sekeluarga, kepada bapa mertua sebab open table untuk BERBUKA PUASA makan nasi arab di Shah Alam. Sepanjang umur aku ni baru aku dengar pasal Nasi Arab, yang aku tau Roti Arab je, kalau korang tak penah dengar tentang Nasi Arab, aku nak terangkan pun aku pun tak pandai tapi kalau ikut rasa lidah aku ni... masin je semuanya hhuu. Tak pasti lah memang cam tu ke rasanya..

Nama restorenya ARABIAN KITCHEN. Semua ahli keluarga belah wife aku kesana.. makan FREE BERBUKA PUASA hehehhe... Aku tak sangka ramai gak orang yang makan kat situ, booking penuh lak tu.

Emm nak becerita tentang suasana tempat ni. Tempat ni dikatakan baru je dibuka, sebab kawasannya kawasan pembagunan baru. Bagi hiasan dalaman restoren ni, simple je beberapa meja kayu yang panjang, dan hiasan ala-ala arab di dinding, cuma mungkin belum full renovate kot..


Manakala rasanya pula, cam tadi lah aku gambarkan masin je semuanya, atau memang rasanya cam tu, sbb baru first time try, but sedap gak. Layanannya pula, simple and sempoi je, dikendalikan orang melayu kita, bukan orang arab yahhaa bibiiii....hhuuuu..

Tapi ada satu benda yang aku rasa special tentang tempat ni, walaupun takda surau, tuan restoren ni adakan juga pondok kecil menggunakan kemah cam orang berniaga kat pasar ramadan tu. Aku respek tokey restoren ni... GOOD JOB teruskan, dan moga Allah memurahkan rezekinya.

Kalau korang nak tau boss yang belanja makan ni, namanya ABDUL GHAFAR bapa mertuaku, ni orangnya.. jeng..jeng..JENG!!!! Terima Kasih ayah..

Memang makan kenyanglah dibuatnya.... syukur alhamdulillah.. korang bila nak try lak  :)

Saturday, August 20, 2011

TAKE PIC WAKTU MALAM






Malam... waktu yang paling selesa nak berehat... tul tak??

Apa yang aku merepek ni kan.. kali ni aku nak ajak korang gi bershopping ngan aku kat Jalan Masjid India Kuala Lumpur. Macam-macam barang ada sesuailah kalau nak mencari untuk barangan raya harga pun berpatutan, cuma ramai orang nak kena berasak-asak. Kalau bawak bebudak, pasti meragam, sebab bapak budak pun leh meragam lama sangat isterinya membelik-belik, cam cakap diri sendiri je hehheh... sorry mama, jangan marah yehh...

Perjalanan dari rumah aku nak ke sana mengambil masa dalam 20 minit kalau tak ada kesesakkan jalan raya, dengan memandu 80kmj....hhhuuu. Kalau tak 1 jam lebih belum tentu sampai. Ini lah rupa tempatnya di waktu malam... ramaikan orang. Ni pun aku take pic dan datang sana lepas berbuka.. emm dia orang ni tak berbuka agaknya hhhuuuu...




Masa aku snap pic ni korang perasan tak bro-bro ni cam terkujut je, padahal aku snap tak pakai flash. Maklumlah tak sempat nak posing tetibe aku ambik gambarkan...hehehe. First time take pic waktu cam ni, tanpa flash... susah gak nak setting itu ini kat DSLR ni. Ni pun aku pilih yang terbaik je diantara terbaik punya pic :)


Tujuan kami ke sana....

nak mencari songkok dan barangan kerongsang untuk wife aku dan aira... haziq barangan raya dia dah setel.

Ni lah kedainya, mempunyai pelbagai size songkok dari yg kecik sampai lah kepala cam aku ni bersaiz besar..hehhehe.

Ayat punya ayat dapat gak harga mati, RM25 padahal aku rasa, harga ni memang harganya. Tapi dah penat nak pusing-pusing beli je lahkan... Uii berpeluh gak berjalan kat situ, sbb ramai orang yang nak membeli gak, ni belum lagi nak akhir puasa, sebab kalau 2 @ 3 hari nak akhir puasa semua jadi murah LELONG!!! LELONG!!

Apa-apa pun, nasihat terbaik aku, nak beli kat sini gi awal-awal. Jangan gi last minit, sebab nak dapat murah sanggup berhimpit-himpit, jawapnya terpenyet lah korang cam naik KOMUTER TIME BALIK KEJE. hhuuuu..

Panassssss.........

OAT CRIPS COOKIES






Salam sejahtera dan assalamualikum,
Emm hari ni aku tak berapa sihat, tekak lak sakit, hidung lak tersumbat. Tah cam mana leh dapat virus ni pun aku tak tau. Kesiankan...

Berjumpa kita kembali dalam blog 'Cerita Hujung Minggu' bersama resepi-resepi yang di adaptasi dari pembacaan, penyelidikan dan teknik merasa kesedapan membuatkan aku nak berkongsi dengan korang secara ringkas dan mudah dalam menyediakan sesuatu resepi di dalam blog ni. Harapan aku agar korang dapat memahaminya, sbb aku pun bukannya pakar memasak, cuma pakar memakan je hehehhe.

OK... mari kita mulakan resepi membuat Oat Crips Cookies. Seperti biasa ianya disediakan oleh puan Aina (my wife), tukang masak profesional kita.

Perkara pertama yang korang kene buat, gi ambik kertas ngan pensel... kasi salin ni, kang lupa lak.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :
130g Tepung Gandum
30g Tepung Jagung
30g Sebuk Koko
1/2 sk Serbuk Penaik
(yang berwarna coklat diatas bahan-bahan tu semuanya perlu diayak)

1/4 sk Serbuk Kulit Kayu Manis (nak letak leh, tak nak letak pun boleh)
1/4 sk Garam
90g Quaker Oat Segera
200g Mentega
120g Brown Sugar
1/2 sk Asen Vanilla
Badam Nipis
Coklat Chip


Langkah 1 :
Ambil satu bekas yang bersih dan mulakan mengayak bahan-bahan tadi (tgk senarai bahan yang berwarna coklat tu).

Langkah 2 :
Masukkan garam dan Quaker Oat segera dan di gaul rata.

Langkah 3 :
Ambil bekas baru...pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Cara korang nak pukul semua benda tu ikut cara korang lah... asalkan dipukul dengan rata. Sesuai teknik ni ketika melepaskan perasaan... hhuuhh :)

Langkah 4 :
Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, lama-lama nampak menarik dan sebati, maksudnya dah ok lah tu adunannya.

Langkah 5 :
Uli sehingga kental. Canai doh diatas pada papan yang ditabur tepung (tujuan tepung tu tak nak bagi melekat kat papan tu dan nak bagi doh tu kental tak lembik).

Langkah 6 :
Potong dan terap  diatas dulang. Bentuk bergantung pada kretiviti, selalu bentuknya cam dalam pic tulah..

Langkah 7 :
Panaskan oven dan bakar cookies tadi dengan suhu 160 C selama 12 - 15 minit atau korang leh agak-agak tgk cookies tu dah cam rangup tu, kira dah sempurnalah Oat Crips Cookies ni.


Ok siap selamat menjamu selera..... :)

Kalau nak tempahan boleh juga KLIK DISINI
Segalanya akan diuruskan oleh ADMIN (kod: OAT CRIPS-02G)

Friday, August 19, 2011

TRIPOD DSLR & CAMERA DIGITAL






Bagi yang mencari tripod untuk DSLR atau Camera Digital, aku ada lobang leh dapat murah....

Aku pun rebat satu.... hhhuuhh dah murahkan... cuma aku je yang leh dapat harga tu, sebab beli kat memberkan.. kalau luar dia jual dalam RM 150.00

Mesti korang tertanya-tanya murah?? ye ke?? cam tak caya je??
Percayalah kerana ianya benar... harga aku leh dapat serendah RM 75.00 je. Tapi benda ni dah terhad. Boleh laras kakinya dari rendah sehingga paling tinggi... memang best, ringan dan flexible.


Kalau korang nak, cam biasa emailkan ke hargaruntuhnew@yahoo.com segera, nanti aku bagi tau maklumat selanjutnya... sebab ada 3 je member aku nak tolak dengan harga yang aku katakan tu.. 


Apa tunggu lagi.... fikir punya fikirkan orang lain rembat dulu, sementara murah ni.. 


Rupa tripod tu sebijik cam pic ni...memang tu pun bendanya ..hehhee.

Meh lawat kat SINI macam- macam ada... 

MY BABY HAZEQ






Haii semua..
Saje je aku nak berkongsi pic Baby Hazeq yang dapat transformes hehheh. Punya lah suka sampai senyum cam tu ha.. hehhehe. Nama robot nya tu Red Alert Autobot. Apa-apa pun babah sayang anak-anak babah ni.


...............Ummmmaaahhhh

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday






Ini lah my baby Hazeq dan Aira..


Comel tak hhuuu... sepansang putra dan putri ku.
Bila memikirkan cepatnya lah dia org ni membesar, kadang kala cam tak caya je, dan aku pun semakin tua.

Apa pun para pengunjung blog ni, doakanlah kebahagian, kesejahteraan dan rezeki kami sekeluarga key dan aku pun mendoakan para kalian juga...amin.

Tuesday, August 16, 2011

KAMPUNG BARU






Alhamdulillah bulan ramadan ni rezeki melimpah ruah, syukur-syukur.

Dengan rezeki yang diberikan, aku pun bawaklah anak dan isteri ku gi berbuka kat Kg Baru yang terkenal ngan nasi lemak yang sedap.. nyam..nyamm. Lagi pun aku pun lama gak tak makan kat situ. Kalau tak sempat nak sampai rumah lepas waktu berkerja, asik-asik Mc Donald je tempatnya, sebab rumah pun dekat ngan tempat tu...jalan kaki pun boleh....hehheh.

Kalau korang nak tau, aku sampai kat sana dah lewat agak-agak aku dalam kul 6pm rasanya. Aku budget konfirm ramai gila orang masa tu. Cadang aku, kalau lah takda tempat, jawapnya minum air lah dulu dalam kereta.

Tapi tanggapan aku salah, tak penuh pun tempatnya. Jadi dengan sepantas kilat kasi park kereta Viva ku. Kemudian gi sambar ambil nasi lemak dan lauk pauk serta air minuman, terus bayar dan duduk.
Ini dia menunya..........
Menu berbuka puas di Kg Baru :
1. Air Sirap Bandung & Air Tin Soya
2. Ayam Goreng
3. Paru Masak Sambal (wife aku suka makan yang ada rasa pedas)
4. Hati Ayam
5. Kentang Goreng (tak dapat dikenal pasti apa nama masakkan ini)
5. Nasi Lemak




Tapikan dah nak dekat berbuka tetibe je tempat ni dipenuhi orang cam bak kata pepatah 'bagaikan semut mengerumugi gula'... hehhe, dah cam Karamsig Walia lah aku ni. Betul ke apa aku cakap ni, kalau salah anggap je lah betul key :).

Dah lama tak makan nasi lemak Kg Baru ni, teras kesedapannya, dan aromanya menyemarakkan rasa nak berbuka puasa..ish..ishh. Tergugat iman den.



Azan pun berkumandang, menandakan masuklah waktu berbuka puasa. Nak tau sape yg dulu berbuka paling pantas.. hhehhe. Ni budaknya, ngan wajah serius, kepenatan.... kalah org puasa,

Tak lain dan tak bukan, my baby Hazeq...berbuka ngan sirap bandung yang sejuk lagi menyegarkan.. uuuu...


Kenyang kami sekeluarga... alhamdulillah.