Saturday, June 22, 2013

Bahagiamu Deritaku - Hafiz

Lagu Bahagiamu Deritaku - Hafiz
please visit hargaruntuhnew.com 

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu.

Kalau korang nak muat turun lagu ni meh klik sini :
DOWNLOAD

Saturday, June 8, 2013

Android 5.0 - Key Lime Pie???

Assalamulaikum/Salam Sejahtera

Ini mungkin info terbaru, atau pun mungkin cerita yang digembar gemburkan bagi peminat Android. Tapi apa yang dapat aku simpulkan Andoid 5.0 'Key Lime Pie' akan dipasarkan tidak lama lagi, dan sebelum ini dikatakan akan diumumkan pada 28 Oktober tahun lalu tapi tiada berita rasmi daripada Google, mengapa ianya tidak dilancarkan tahun lalu?? aku pun tak tau... mungkin pasal Jelly Bean masih hangat kot untuk digunakan pada tahun lalu.

Android 5.0 Key Lime Pie didakwa akan digunakan pada LG Nexus 4 pada kemunculan awalnya dipasaran dan ada juga mengatakan yang Motorola Phone X juga akan dipasarkan menggunakan Android ini.


Nak cita sejarah sikit, mana lah tau berguna untuk korang.
Seperti yang kita ketahui, penamaan versi pada sistem operasi Android selalu menggunakan nama makanan yang diurutkan bersesuaian dengan abjad. Bermula dari Android Cupcake, Donut, Eclair Froyo, Honeycomb, dan yang terbaru Jelly Bean, dan kini Android 5.0 Key Lime Pie akan muncul. 

Sama-sama lah kita tunggu apa kehebatan Android 5.0 Key Lime Pie ni.

Tak sabar rasanya...

please visit hargaruntuhnew.com

Saturday, May 25, 2013

Bayar Utiliti Dengan Pos Malaysia (Online)

POS MALAYSIA 
Assalamualaikum/Salam Sejahtera 
kepada semua, hari ni aku baru 'explorer' satu benda baru, tapi tak tau lah korang dah tau aku baru nak tau.

Nak dipendekkan cerita, sekarang ni semua pembayaran bil ke, saman ke, apa benda yang berkaitan pembayaran boleh dibuat melalui pembayaran atas talian menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia. kalau korang nak menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia ni mudah je, cuma perlu daftar Id dan katalaluan secara online kat sini KLIK NI.
Aku dah try buat pembayaran bil-bil utiliti. Cuma dia ada charge 2% jika menggunakan Kredit Kad. Pembayaran boleh dibuat dalam dua kaedah Kredit Kad ataupun Online Banking ikut mana korang suka.
Bagi aku, ianya amat mudah digunakan, cepat dan senang nak buat pembayaran bil-bil dan sebagainya.

Rasanya itu aje setakat ni. Nanti kalau ada lagi info terbaru dan berguna, akan aku ceritakan.. Lupa nak cakap, selamat bercuti, dan jangan lupa rerajin tgk blog ku ini, dan berkongsi dengan kekwn yang lain..

Tanpa korang semua siapalah aku :)

Sekian, Terima Kasih

Ada masa klik sini  : HARGARUNTUHNEW.COM

Wednesday, April 10, 2013

Inspirasikan DiriMu dengan ebook

Asslamualaikum /Salam sejahtera

Rajin sungguh hari ini aku nak berkongsi dengan korang semua tentang ebook.
Apa kelebihanya?? 
ni nak cerita sikit ni hehheehe....
# Ia tiada simpanan stok yang terhad kerana ia adalah produk digital.
# Tidak perlu risau tentang kerosakan produk kerana ia adalah berbentuk digital.
# Memudahkan muat turun dimana sahaja asal korang ada line internet dan dikongsikan.
# Menyenagkan korang tak perlu nak bawa buku yang memberatkan, hanya view dari mobile atau tablet setel.

Kat sini aku sertakan link banner-banner ebook yang amat - amat menarik perhatian KU. Setiap satu ebook kat banner - banner ni bagi aku adalah yang terbaik pernah aku baca dan amalkan. Ianya membuahkan hasil yang positif. Kalau korang tak percaya cuba dulu baru tau... 

yang tang bawah sekali 'Panduan ibu tunggal' tu cam bones lah untuk korang baca bagi menyelami cara seorang wanita berdikari dalam cabaran kehidupan. Adaptasikanya kepada kehidupan kita untuk lebih berjaya.

Ha... ni LAH banner - bannernya







 

Harapan Ku... manafaatkannya, pasti beroleh sesuatu yang positif dalam kehidupan dan boleh mengubah cara pemikiran kita untuk lebih berjaya... sebab aku dah mula merasainya :)

Syukur alhamdulillah...

Saturday, April 6, 2013

Sweet Cherry Car seat + Go Baby Carrier Chicco

Assalamualaikum / Salam sejahtera wahai pembaca blog ku yang setia.
Hari ni, korang bertuah sebab aku nak berkongsi produk yang harganya korang tak leh dapat kat luar walaupun item ni dah digunakan.


Jika ada yang berminat boleh KLIK DISINI dengan SEGERA.


Product Info:
Code:SWC150
Status: Used
Condition: Has been used and in good condition as shown.
Price: Only RM150 for this two item
Item:
#1 Sweet Cherry Car seat :
Features:-
*Suitable from 9kg to 18kg
*Forward facing seats with 3-positions adjustable backrest
*Adjustable head support to suit growing child
*Attached with cup holder
To View Actual Price please visit (kalau nak tgk harga sebenar) : http://www.sweetcherryonline.com/index.php?route=product%2Fproduct&path=37&product_id=129

#1 Go Baby Carrier Chicco:
Features :-
*Soft, breathable lining gives baby a cool, padded, comfortable ride
*Unique cuddle pocket lets baby feel your comforting touch
*Mesh side panels increase ventilation and comfort
*Adjustable padded straps for proper fit and shoulder comfort
*Machine washable fabric for easy care and maintenance


*Snap-on towel protects clothes from dribbles and drools
*Suitable for use of age from 3.5kg to 9.0kg.
To View Actual Price please visit (kalau nak tgk harga sebenar) : http://www.onebabyworld.com/chicco-go-baby-carrier-blackred-p-2183.html



SIAPA CEPAT DIA DAPAT... gambar yang tertera adalah gambar sebenar produk yang dijual kepada anda. Jadi apa tunggu lagi.... 

KLIK DISINI dengan SEGERA.

Baru je iklan dah terjual (8/4/2013 22:33pm)... 
alhamdulillah, terima kasih  
PN.LYDIA AZLINDA BINTI ANUAR dari GOMBAK


Tuesday, April 2, 2013

FREE Aplikasi Android

Assalamualikum/ Salam Sejahtera

Walaupun hari aku post benda ni bukan hujung minggu, tapi disebabkan tak sabar nak berkongsi dengan korang diluar sana, aku dah berjaya buat satu applikasi android.. YAhoo!!!..

Kalau korang tak caya cuba korang scan QR bar code ni dengan mobile phone android korang.

Selamat mengScan :). "Kalau nak tau rahsia macam mana aku bangunkan applikasi android ni dengan mudah, insyallah aku akan ceritakan jika ramai yang mengScan QR bar code ku ini ke mobile android korang"

Jadi apa tunggu lagi ajak adik, abang- abang, pakcik makcik dan sesiapalah yang korang kenal untuk scan QR bar code ni. Sebab aku leh tengok berapa ramai yang telah mengScannya...

Rahsia FREE membangunkan aplikasi android
akan didedahkan.

Sekali lagi diingatkan, Scan lah beramai-ramai ke mobile andoid anda... jika ramai yang scan maksudnya ramai yang berminat nak tau cam mana aku bangunkannya.. confirm korang pun terkejut.. aikk SENANGNYA!

Selamat mengScan key :)

Friday, March 29, 2013

Rahsia Membuat Banner Animasi

Assalamulaikum & Salam Sejahtera

Agak sekian lama aku tak bercoloteh kat blog ku ni. Hari ni aku nak berkongsi ilmu baru cam mana buat banner yang beranimasi, yang kalau korang tgk kat blog-blog atau website dia bertukar-tukar, menarik bukan.

Bagi yang pakar, skill aku nak bagi ni korang mungkin fikir emmm.. huuu. Tapi bagi aku 'pro' ke 'beginner' cara ni agak praktikal sbbnya cepat mudah dan kurang mengambil masa korang untuk menghasilkannya.

Apakah basic yang perlu korang ada:
1.Tau 'upload'
2.Tau klik.. klik

dua tu je kemahiran yang perlu ada sempoi kan...
Korang mesti naik bosan aku ni bercoloteh je, bilanya nak tunjukkan magic tu. Ikut langkah ni dengan teliti :

1. Klik je kat sini Nak Buat Banner Animasi
2. Upload 3 jenis pic yang korang rasa nak buat animasi kat link tu cthnya cam pic ni :



3. Dah pilih 3 pic tersebut, kemudian pada bahagian 'Size' ikut korang mana yang sesuai.
4. Pada bahagian 'Speed' pilih je 'Normal'. Sebab kang pilih laju sgt pula, tak sempat nak tengok, juling lak mata jadinya. 'Slow' sangat lagi lah, menguap lak jadinya. huuu..
5.Klik 'Create Animation' kemudian korang akan nampak link - link yang leh digunakan.
6. Inilah hasilnya... tarraaaaaa... kalau nak tau berfungsi ke tidak link banner kat bawah ni.. cuba korang klik..


creator

Selamat mencuba.....

Friday, March 15, 2013

TRANSFORMER GENERATIONS






Salam satu Malaysia,
Apa khabar semua, hari ni aku ada benda nak berkongsi ngan korang ni. Bagi pengemar dan kaki koleksi Transformer korang amat - amatlah bertuah sebab mengunjungi blog ni.

Nak tau nape aku kata bertuah...
Korang tau kan Optimus Prime & Megatron. Dua watak leader dalam transformer yang tak asing lagi akan aku jualkan secara berpasang dengan harga memang murah lah daripada kedai.

Kenapa nak Jual??
Soalan ni mesti korang terfikir dalam kepala korang kan. Sebabnya aku membantu kawan ku nak menghabiskan stok transformer dia. Transformer ni hanya tinggal 1 unit je setiap satu. Disebabkan tu kwn aku ni, hendak menjualnya secara pair dengan harga paling murah daripada pasaran. Kira cam SALE Raya...hhuuuu.

Baru ke???
100% baru masih dalam kotak, original transformer bukannya hampeh punya toys.

Transformer Version Mane ni???
Ni version TRANSFORMER GENERATIONS

Emm.. Nak Jual Gambar Tak Tunjuk???
Huuhhuuu... korang nak tgk ye pic transformer ni yeh... jap aku letak ni...harap berpuas hati ngan penghasilan image ni.. aku yang tangkap sendiri ni..:)




Boleh Ke Transformers Ni Tranform??
Ha.. ni soalan bagus, confirm 100% boleh. Kebanyakkan transformers yang harga beratus-ratus ringgit tu leh transform. Harga seunit pun cecah ratusan ringgit, bagi satu unit transformers cam kat atas ni. Tapi ni dua korang dapat, harga jauh lebih murah dari harga pasaran... kalau tak caya, email lah aku segera.. sebelum terlambat.

Bagaimana Nak Beli?? Harga Berapa Sepasang ni???
Nak beli senang je korang panjangkan email korang ke hargaruntuhnew@gmail.com atau boleh juga tengok sendiri beberapa koleksi lain transformer dekat SINI confirm murahnya dari harga pasaran... dapat lak barang berkualiti Original Transformer ni tau.... Segala urusan akan diuruskan oleh kami. Senang cita, tul tak...

Berapa Kuantiti Yang Tinggal Ni????
Siapa cepat dia dapat nak tau berapa kuantiti yang tinggal meh ke SINI.....apa yg korang tgk kat pic tu cam tu lah rupa sebenarnya.. maveloskan..

Semoga korang berebutlah nak mendapatkannya....hehheheh

Good Luck...

Thursday, February 28, 2013

Canadian Gold Maple Leaf : 99.99% FINE PURE GOLD COIN 1/20oz


Canadian Gold Maple Leaf

99.99% FINE PURE GOLD COIN 1/20oz

SALE SALE RM500.00 
(price until Dec 2013)

Item Description :
Diameter : 14.1mm
Weight : 1.556g
Thickness : 0.85mm
Purity : 99.99% Pure Gold
Quantity : 1
Owner : Zainol Rashid Razali

Payment Method :
Malaysia (RM transactions) : Via Maybank, Other Bank (pls email me).
We will send account number to your email.

Shipping Rates :
International buyer : Please ASK for shipping rate.
Please contact seller for further details as the shipping rate might be varies.

Please take note that :
1) DAMAGED or LOST item(s) during shipment are not seller's responsibility.
2) All items sold are not returnable or exchangeable.

Please email us at : hargaruntuhnew@hotmail.com

Sunday, January 20, 2013

Link2SD

Link2SD apa kelebihannya ??
Sebelum ini aku ada menulis artikal berkenaan cara nak unlock Xperia Arc, masih ingat, kalau tak ingat leh je klik kat sini Unlock Xperia Arc (root) untuk membaca artikal tersebut.

Link2SD boleh dimuat turun melalui Google Play dan ianya percuma. Tapi nak menggunakannya kena pastikan Xperia Arc anda tu dah pun di Root.kalau belum memang tak leh nak guna aplikasi ni.


SD Partition ?
Partition adalah pengelolaan/pembagian penyimpanan data. Disini aku nak menerangkan cara partition sd card yang dapat membantu smartphone Xperia Arc kita ni. Secara default, sd card yang kita beli hanya memiliki satu partition iaitu FAT32. Dengan melakukan partition pada sd card, kita akan memecahkannya kepada  tiga buah partition iaitu FAT32, ext2, dan Linux Swap.


Warning !!!
Sebelum melakukan partition pada sd card anda, pastikan data yang terkandung di dalamnya telah dipindahkan ke komputer. Ketika melakukan partiton ini, data-data pada sd card anda akan terhapus secara keseluruhannya.

Apa tujuanya? 
Tiga partition yang dipecahkan tujuannya adalah seperti berikut :

FAT32 Partition : berguna untuk menyimpan data seperti lagu-lagu mp3, video, foto, dokumen, dan lain-lain
ext2 Partition : berguna untuk tempat menginstal aplikasi.Boleh dikatakan sebagai memory internal kedua, digunakan ketika kita akan memindah aplikasi yang ada di memory internal ke sd card secara paksa.
Linux Swap Partition : untuk membantu kerja RAM. Partition ini amat sesuai digunakan pada smartphone yang memiliki RAM yang kecil., cam kita punya Xperia Arc ni.  

Setelah aku mengkaji beberapa Blog dan Forum, aku mendapati ketiga-tiga pecahan ini ada kiraannya tersendiri. Jika kita melakukan partition sercara ikut suka sahaja, maka pembaziran ruangan di SD yang tidak akan digunakan, akan berlaku.. rugikan. 

Aku pun ada membuat kesilapan pada mulanya dengan melakukan partition ikut suka sahaja. Jadi aku pun megikut langkah- langkah yang aku rumuskan daripada beberapa blog dan forum yang banyak membantu memperbetulkan cara nak partition ketiga - tiga ruangan ini dengan stabil.

Secara ringkasnya pecahan yang sesuai untuk kapasiti SD anda:

SD yang berkapasiti 4 GB ( ukuran sebenarnya 3.75 GB )
  •          Primary Ext2                : 600 MB
  •          Primary Linux Swap    : 100 MB
  •         Primary Fat32              : 3.05 GB
SD yang berukuran 8 GB ( Ukuran sebenarnya 7.5 GB )
  •          Primary Ext2               : 800 MB
  •          Primary Linux Swap    : 120 MB
  •      Primary Fat32             : selebihnya GB
SD yang berukuran 16 GB ( Ukuran sebenarnya 15.5 GB )
  •          Primary Ext2               :  2 GB
  •          Primary Linux Swap    : 150 MB
  •      Primary Fat32             :  selebihnya GB 

Mari Mulakannya? 
Cam mana nak mulakannya, senang sahaja klik untuk download Mini Partition Wizard
dan jika nak serialnya, korang klik sini Like This Page dan Like dahulu dan send private massage minta serial key untuk software ini. 

Setelah lengkap perisian korang ni. Sediakan pula Card Reader yang leh masuk SD kad korang tu. Amaran : Pastikan korang tak buat partition ni guna kable smartphone direct ke komputer anda.

 #PERINGATAN : bila korang buat ni adalah tanggungjawab korang sendiri dan jika berlaku kegagalan di SD, itu adalah tanggungjawab anda, aku just bagi cara untuk melaksanakannya dan tidak bertanggungjawab keatasnya..

Jom mulakan operasi partition (#perhatian sila ikut pecahan yang diberikan size SD seperti diatas yang telah diterangkan tadi.. kalau korang nak ikut size korang sendiri terpulang)
  1. Sambungkan Card Reader anda ke komputer dan masukkan SD kat anda pada slot yang sesuai.
  2. Buka software mini tool partition wizard
  3. Pilih drive microSD anda lalu klik delete sehingga menjadi unallocated
 
 
 4.  Klik  kanan disk unallocated itu, lalu klik create 

Partition 1
Untuk menyimpan data utama seperti lagu, gambar, video, dll. Buat aja yang besar
  • Create As      : Primary
  • File System   : fat32
 
  
5. Klik OK 
6.  Setelah itu, maka akan ada baki dari microSD anda. Nah baki ini digunakan untuk membuat partition kedua.  Klik kanan pilih create

Partition 2
Untuk menjadikan memory internal kedua
  • Create As      : Primary
  • File System   : ext2
  • Cluster size   : 4 KB
7. Klik OK
8. Jika muncul pesan berikut klik Yes,

 
  

9. Seterusnya kita buat lagi partition ketiga. Linux Swap bagi ruangan yang tinggal di SD kat anda, sila gunakannya sepenuhnya.

Partition 2                                                                                                                                Untuk membantu kerja RAM smartphone anda
  • Create As      : Primary
  • File System   : Linux Swap
10. Dah siap partition klik Apply. yang terletak diseblah atas kanan. Nak senang cari je image cam yang ni dan klik . biarkan sehingga siap.




Yes!!! anda sudah berjaya membuat ketiga - tiga partiton tadi.

11. Masukkan SD kat anda kedalam Xperia Arc dan on, klik pada applikasi link2SD dalam xperia anda yang anda telah download tadi di Google Play. 

12. Tertera permintaan Superuser, klik benarkan je. dan akan terpapar satu lagi paparan dan selsect ext2 dan OK. restrat smartphone anda semula. 

13. Dah siap..... 

 #PERINGATAN : bila korang buat ni adalah tanggungjawab korang sendiri dan jika berlaku kegagalan di SD, itu adalah tanggungjawab anda, aku just bagi cara untuk melaksanakannya dan tidak bertanggungjawab keatasnya..


SEMOGA BERJAYA....

Sunday, January 13, 2013

Unlock Xperia Arc

Hari ni aku seronok sangat setelah usaha ku nak mengRoot Xperia arc aku dah berjaya. Nak cerita sikit...ramai antara kita yang mula memakai smartphone pada waktu ini dan sering terdengar perkataan root..apa tu?..Jadi kat sini aku share sedikit info mengenai Root..apa kelebihan dan kekurangannya.. sebelum korang mememulakan kerja ni.

 #PERINGATAN : bila korang buat ni warrenty hp dah takda tau... dan jika berlaku kegagalan di telephone anda, itu adalah tanggungjawab anda, aku just bagi cara untuk melaksanakannya dan tidak bertanggungjawab keatasnya..


Pengertian Root.
Secara ringkasnya root ini adalah satu proses untuk memberikan pengguna smartphone untuk akses penuh untuk membuat sebarang perubahan terhadap sistem di dalam smartphone kita..kebanyakan sistem di dalam smartphone kita telah dikunci oleh pengeluar masing-masing.

Kenapa pengeluar smartphone mengunci sistem tersebut?

Pengeluar mengunci sistem tersebut adalah untuk menjaga fungsi-fungsi yang telah disetkan. Sekiranya tidak dikunci ditakuti pengguna akan tersilap memasuki sistem ni dan secara tidak sengaja meminda sistem tersebut. Ini boleh menjadikan smartphone tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kekurangan Root
1. Boleh menghilangkan waranti - sekiranya pengguna membuat root kepada smartphone tersebut satu perkara yang paling mustahak perlu diketahui adalah waranti smartphone tersebut akan hilang. Ini kerana pihak pengeluar tidak akan memberi jaminan kepada peranti yang telah diusik sistemnya sekiranya rosak... jadi kalau nak buat jangan lah tepon baru anda, gunakan tepon xperia arc anda yang dah tamat warrentynya.

2. Serangan virus - adalah dikhabarkan sekiranya pengguna membuat pengubahsuaian terhadap sistem ianya boleh menjadi terdedah kepada serangan virus. Walau bagaimanapun perkara ini masih menjadi perdebatan kerana sebenarnya serangan virus turut boleh menyerang kepada mana-mana peranti walaupun proses root tidak dijalankan. Jika diikut pengalaman aku lah, tak penah pun ada virus kat handphone, tul tak...

Kelebihan Root
1. Keupayaan smartphone akan menjadi lebih pantas dan laju - ini adalah perkara pertama yang akan dirasai oleh pengguna sebaik smartphone tersebut selesai proses root. Smartphone akan menjadi lebih pantas berbanding sebelum root, confirm korang suka. Aku akan bongkarkan rahsia cam mana nak bagi internal korang tu tak berganjak dan stabil kelajuan nya, walaupaun korang install banyak aplikasi di dalam smartphone ni, nanti aku ceritakan ttg cara menggunakan Link2SD 

2. Boleh membuang aplikasi yang tidak digunakan dalam smartphone untuk mengurangkan internal memory dan meminimakan penggunaan RAM - Terdapat pelbagai aplikasi yang kita tidak gunakan yang terkandung dalam smartphone kita seperti contoh Chinese Keyboard, Wheater Widget, Wisepilot dan sebagainya. Aplikasi ini hanya membuat Internal Memory kita penuh dan ada diantaranya akan beroperasi secara background. Ini secara tidak langsung membuatkan RAM kita akan meningkat. Aplikasi ini boleh dibuang untuk menjimatkan ruang Internal Memory dan meminimakan penggunaan RAM. Secara tidak langsung ia akan membantu menjimatkan sedikit penggunaan bateri. Harus diingat nak membuang kena tau juga ada berkaitan tak dengan sistem utama smartphone tu, sbb kalau sukati buang kang tak berfungsi dengan baik smartphone xperia arc korang ni. Nanti aku ceritakan secara mudah cam mane nak buang aplikasi yang terbina dalam smartphone xperia arc kita ni yang memang ada dan tak leh nak uninstall walaupun buat factory reset. Rahsianya menggunakan Titinum Backup... nantikan kehadiran edisi ni.

3. Pengguna dapat menginstall aplikasi yang melibatkan root seperti Titanium backup. -  Aplikasi ini adalah untuk back up segala sistem dan aplikasi dalam smartphone. Sekiranya berlaku kerosakan pada peranti, maka pengguna boleh restore semula sistem dan aplikasi yang telah di buat back up.

4. Mengubahsuai ROM, launcher, theme dan lain-lain. - Pengguna boleh menginstall pelbagai ROM selain dari ROM standard yang dibekalkan oleh pengeluar. Memasang pelbagai theme dan lain-lain lagi.  Nak pasang Jelly Bean ke atau yang akan datang tah apa namanya nanti boleh je dengan mudah dan takda sekatan.. yehhh!!!

Kesimpulan
Bagi yang suka mengExplorer diluar jangkawan cam aku ni.. proses Root memberikan anda pelbagai kelebihan kepada pengguna smartphone yang ingin menaiktaraf keupayaan serta memberikan kawalan maksimum terhadap smartphone mereka sendiri. Bagaimanapun sekiranya pengguna telah berasa puas hati dengan smartphone standard mereka, maka proses root tidak digalakkan. 

 #PERINGATAN : bila korang buat ni warrenty hp dah takda tau... dan jika berlaku kegagalan di telephone anda, itu adalah tanggungjawab anda, aku just bagi cara untuk melaksanakannya dan tidak bertanggungjawab keatasnya..

YAKIN DAN INGIN TERUSKAN... Sila Klik Step by Step dibawah : 
#ikut satu persatu, kalau korang skip-skip jawapnya tak jadilah, baca dan pahamkan bebetul

  1. Step 1 : Cara Mendapatkan Key 'Unlock Bootloader' Anda
  2. Step 2 : Proses Unlock Bootloader
  3. Step 3 : Root Xperia Arc 

Thursday, January 10, 2013

Key Unlock Bootloader

Step 1 : Cara Mendapatkan Key 'Unlock Bootloader' Anda
Kebanyakkan tutorial yang aku rujuk proses nak unlock xperia arc main Root je, lepas tu tak jadi...hhehehe.


Ni aku nak ajar mengikut Step by Step yang aku buat dan 100% menjadi kat smartphone Xperia arc aku ni.

 #PERINGATAN : bila korang buat ni warrenty hp dah takda tau... dan jika berlaku kegagalan di telephone anda, itu adalah tanggungjawab anda, aku just bagi cara untuk melaksanakannya dan tidak bertanggungjawab keatasnya..


Sila ikut dengan teliti :
  1. UNlock Bootloader anda klik disini   
    1a. Periksa telepon anda.
    • Dial *#*#7378423#*#* pilih Service info > Configuration Anda akan melihat IMEI, Version dan Rooting Status.
    • Jika anda melihat pada bahagian Rooting Status adalah 'Bootloader unlock allowed: Yes' maka anda boleh melaksanakan proses seterusnya. Jika 'Bootloader unlock allowed: No' atau tidak tertulis apa statusnya maka hentikan proses ni dan gunalah smartphone xperia arc anda cam biasa, sebab Sony Developer tidak membenarkan smartphone anda ni di Root. Jadi pastikan dahulu status ni betul-betul, kalau tak penat je yang dapat...hehhe. 
  2. Setelah selesai melaksanakan 'check status' tersebut sila klik DISINI kita akan dibawa kehalaman utama Sony Developer World untuk unlock bootloader anda.
        • Scroll sampai kebawah di page Sony tersebut dan klik 'Start unlocking the bootloader' 
        • Korang akan dibawa ke page 'Instruction'. Korang scroll sampai ke no.8 dan no.9 download kedua - dua software yang sony link kan tu. Selepas download cam mana nak guna KLIK SINI.
        • Pastikan software yang didownload telah diinstall ke Pc anda dan telah mengikut langkah - langkah yang aku sarankan kat atas tu. Kemudia scroll sampai kebawah dan klik 'Continue'  
        • Paparan seperti dibawah akan tertera dan apa lagi klik  'Yes,i'm sure' 
        • Tick kedua - dua term seperti dibawah dan klik 'I accept' 
        • Kemudia ikut semua langkah yang disarankan kat oleh Sony Website tu.. dia akan minta Nama anda, alamat email and dan 14 digits No. IMEI smartphone anda . (Nak check No.IMEI dengan  mendail *#06# kat phone korang).
        • Selesai, dan tunggu kod unlock bootloader anda yang akan dihantar melalui email yang anda nyatakan tadi.  
         Step 2 : Proses Unlock Bootloader

        Wednesday, January 9, 2013

        Root Xperia arc

        Step 3: Root Xperia arc

        Dua lagi file korang kena download dan unzip kat drive C:.... Ni lah nadinya nak menjadikan mengRoot smartphone korang tu berjaya.  Klik dan download disini : Fastboot 'Drivers-fastboot-adb-flashtool-by-velcis-ribeiro' klik disini dan 'root xperia zip for ICS 4.0.4' klik disini. 

        Pastikan Unlock Bootloader telah berjaya dilaksanakan di Step sebelumnya.. jika tidak tak jadi buat yang ni..

        Dengar bebetul apa yang diterangkan dalam video ni, walaupun bahasa english dia kurang baik, tapi korang kena pahamkan..hehhehe..

        Korang ikut video kat bawah ni menggunakan dua software yang baru je korang download ni :

        kalau korang buat ikut step-step yang aku bagi dari awal hingga yang ni confirm akan diRoot Xperia arc korang dan akan wujud kebenaran Superuser kat phone korang.. Selamat berjaya...

        Tuesday, January 8, 2013

        Proses Unlock Bootloader

         Step 2 : Proses Unlock Bootloader
         Perkara yang perlu anda lakukan dan semak sebelum memulakannya :
        1. Pastikan dua software yang didownload di Sony Web tadi telah siap didownload
        2. Pastikan Xperia anda telah disetting seperti dibawah :
        • enable "UNKNOWN SOURCES" di (Menu>Settings>Applications)
        • enable "USB DEBUGGING" di (Menu>Settings>Applications>Development)
        • Display mode Sleep diubah kepada 10 minit di (Menu>Setting>Display>Sleep)
        Ok kita mulakan, benda ni amat - amat penting, jika tak berjaya buat takda lah harapan nak Root Xperia anda. Jadi ikut langkah ini dengan teliti.. aku sendiri nak berjaya laksanakan semua step dari awal hingga akhir sampai leh root xperia ku ini, beberapa blog aku rujuk dan adakalanya kene ikut pengalaman gak apa perlu buat kalau tak dapat detect, sbb sistem OS ni ada banyak ragam. Tapi yang aku confirm Win 8 tak leh nak buat benda ni.

        Mari kita mulakan :
        1. Dua software tadi yang korang download tu adalah dalam file zip.
        2. Pertama unzip file Android SDK 'adt-bundle-windows-x86_64' yang korang download tadi tu ke drive C:
        3. Buka folder tersebut anda akan lihat  'SDK Manage' klik. Pastikan Pc anda ada internet connection sbb kita perlu menginstall 'Google USB Driver package revision'
          kita akan menginstallnya melalui 'SDK Manager' ini.
        4. Scroll kebawah dan cari 'Google USB Driver' tandakan dan perhatikan sebelah kanan bawah sikit ada tertulis install package, klik.
         
            5.   Dah install kasi pangkah 'SDK Manage' tersebut.
            6.   Kemudian korang kena unzip file kedua 'downloadinf' yang korang download tadi, kedalam usb_driver folder yang terkandung dalam folder yang korang klik SDK Manager tadi di drive C: baru jap tadi tu. Lihat pic kat bawah ni kat mana aku simpan C:\adt-bundle-windows-x86_64\sdk\extras\google\usb_driver  unzipkan kat situ dan replace yang sedia ada.

        OK semua dah siap install apa yang patutkan.. tujuan kita menginstall dua software diatas, agar xperia kita boleh dibaca melalui pc ketika kita nak buat proses unlock bootloader.

        Seterusnya ikut langkah yang tertera di video ini. Bagi memudahkan kerja korang nak memahaminya. Last perkara sebelum nak laksanakan download 'Fastboot' dan install di drive C: anda, KLIK DOWNLOAD

         # kalau korang tgk video ni dia ada pop up driver untuk detect xperia arc kita, tapi korang tak perlu buat tu sbbnya tadi kita dah install apa yang diperlukan untuk detect xperia kita tu.. jika korang ikut cara yang aku bagi confirm xperia tu boleh detect dengan sempurna. Kalau tetibe dia tak jumpa juga dan keluar pop up nakkan diriver just gi kat drive C: korang di C:\adt-bundle-windows-x86_64\sdk\extras\google\usb_driver 

         Step 3 : Root Xperia arc