Sunday, January 13, 2013

Unlock Xperia Arc

Hari ni aku seronok sangat setelah usaha ku nak mengRoot Xperia arc aku dah berjaya. Nak cerita sikit...ramai antara kita yang mula memakai smartphone pada waktu ini dan sering terdengar perkataan root..apa tu?..Jadi kat sini aku share sedikit info mengenai Root..apa kelebihan dan kekurangannya.. sebelum korang mememulakan kerja ni.

 #PERINGATAN : bila korang buat ni warrenty hp dah takda tau... dan jika berlaku kegagalan di telephone anda, itu adalah tanggungjawab anda, aku just bagi cara untuk melaksanakannya dan tidak bertanggungjawab keatasnya..


Pengertian Root.
Secara ringkasnya root ini adalah satu proses untuk memberikan pengguna smartphone untuk akses penuh untuk membuat sebarang perubahan terhadap sistem di dalam smartphone kita..kebanyakan sistem di dalam smartphone kita telah dikunci oleh pengeluar masing-masing.

Kenapa pengeluar smartphone mengunci sistem tersebut?

Pengeluar mengunci sistem tersebut adalah untuk menjaga fungsi-fungsi yang telah disetkan. Sekiranya tidak dikunci ditakuti pengguna akan tersilap memasuki sistem ni dan secara tidak sengaja meminda sistem tersebut. Ini boleh menjadikan smartphone tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kekurangan Root
1. Boleh menghilangkan waranti - sekiranya pengguna membuat root kepada smartphone tersebut satu perkara yang paling mustahak perlu diketahui adalah waranti smartphone tersebut akan hilang. Ini kerana pihak pengeluar tidak akan memberi jaminan kepada peranti yang telah diusik sistemnya sekiranya rosak... jadi kalau nak buat jangan lah tepon baru anda, gunakan tepon xperia arc anda yang dah tamat warrentynya.

2. Serangan virus - adalah dikhabarkan sekiranya pengguna membuat pengubahsuaian terhadap sistem ianya boleh menjadi terdedah kepada serangan virus. Walau bagaimanapun perkara ini masih menjadi perdebatan kerana sebenarnya serangan virus turut boleh menyerang kepada mana-mana peranti walaupun proses root tidak dijalankan. Jika diikut pengalaman aku lah, tak penah pun ada virus kat handphone, tul tak...

Kelebihan Root
1. Keupayaan smartphone akan menjadi lebih pantas dan laju - ini adalah perkara pertama yang akan dirasai oleh pengguna sebaik smartphone tersebut selesai proses root. Smartphone akan menjadi lebih pantas berbanding sebelum root, confirm korang suka. Aku akan bongkarkan rahsia cam mana nak bagi internal korang tu tak berganjak dan stabil kelajuan nya, walaupaun korang install banyak aplikasi di dalam smartphone ni, nanti aku ceritakan ttg cara menggunakan Link2SD 

2. Boleh membuang aplikasi yang tidak digunakan dalam smartphone untuk mengurangkan internal memory dan meminimakan penggunaan RAM - Terdapat pelbagai aplikasi yang kita tidak gunakan yang terkandung dalam smartphone kita seperti contoh Chinese Keyboard, Wheater Widget, Wisepilot dan sebagainya. Aplikasi ini hanya membuat Internal Memory kita penuh dan ada diantaranya akan beroperasi secara background. Ini secara tidak langsung membuatkan RAM kita akan meningkat. Aplikasi ini boleh dibuang untuk menjimatkan ruang Internal Memory dan meminimakan penggunaan RAM. Secara tidak langsung ia akan membantu menjimatkan sedikit penggunaan bateri. Harus diingat nak membuang kena tau juga ada berkaitan tak dengan sistem utama smartphone tu, sbb kalau sukati buang kang tak berfungsi dengan baik smartphone xperia arc korang ni. Nanti aku ceritakan secara mudah cam mane nak buang aplikasi yang terbina dalam smartphone xperia arc kita ni yang memang ada dan tak leh nak uninstall walaupun buat factory reset. Rahsianya menggunakan Titinum Backup... nantikan kehadiran edisi ni.

3. Pengguna dapat menginstall aplikasi yang melibatkan root seperti Titanium backup. -  Aplikasi ini adalah untuk back up segala sistem dan aplikasi dalam smartphone. Sekiranya berlaku kerosakan pada peranti, maka pengguna boleh restore semula sistem dan aplikasi yang telah di buat back up.

4. Mengubahsuai ROM, launcher, theme dan lain-lain. - Pengguna boleh menginstall pelbagai ROM selain dari ROM standard yang dibekalkan oleh pengeluar. Memasang pelbagai theme dan lain-lain lagi.  Nak pasang Jelly Bean ke atau yang akan datang tah apa namanya nanti boleh je dengan mudah dan takda sekatan.. yehhh!!!

Kesimpulan
Bagi yang suka mengExplorer diluar jangkawan cam aku ni.. proses Root memberikan anda pelbagai kelebihan kepada pengguna smartphone yang ingin menaiktaraf keupayaan serta memberikan kawalan maksimum terhadap smartphone mereka sendiri. Bagaimanapun sekiranya pengguna telah berasa puas hati dengan smartphone standard mereka, maka proses root tidak digalakkan. 

 #PERINGATAN : bila korang buat ni warrenty hp dah takda tau... dan jika berlaku kegagalan di telephone anda, itu adalah tanggungjawab anda, aku just bagi cara untuk melaksanakannya dan tidak bertanggungjawab keatasnya..

YAKIN DAN INGIN TERUSKAN... Sila Klik Step by Step dibawah : 
#ikut satu persatu, kalau korang skip-skip jawapnya tak jadilah, baca dan pahamkan bebetul

  1. Step 1 : Cara Mendapatkan Key 'Unlock Bootloader' Anda
  2. Step 2 : Proses Unlock Bootloader
  3. Step 3 : Root Xperia Arc