Sunday, January 20, 2013

Link2SD

Link2SD apa kelebihannya ??
Sebelum ini aku ada menulis artikal berkenaan cara nak unlock Xperia Arc, masih ingat, kalau tak ingat leh je klik kat sini Unlock Xperia Arc (root) untuk membaca artikal tersebut.

Link2SD boleh dimuat turun melalui Google Play dan ianya percuma. Tapi nak menggunakannya kena pastikan Xperia Arc anda tu dah pun di Root.kalau belum memang tak leh nak guna aplikasi ni.


SD Partition ?
Partition adalah pengelolaan/pembagian penyimpanan data. Disini aku nak menerangkan cara partition sd card yang dapat membantu smartphone Xperia Arc kita ni. Secara default, sd card yang kita beli hanya memiliki satu partition iaitu FAT32. Dengan melakukan partition pada sd card, kita akan memecahkannya kepada  tiga buah partition iaitu FAT32, ext2, dan Linux Swap.


Warning !!!
Sebelum melakukan partition pada sd card anda, pastikan data yang terkandung di dalamnya telah dipindahkan ke komputer. Ketika melakukan partiton ini, data-data pada sd card anda akan terhapus secara keseluruhannya.

Apa tujuanya? 
Tiga partition yang dipecahkan tujuannya adalah seperti berikut :

FAT32 Partition : berguna untuk menyimpan data seperti lagu-lagu mp3, video, foto, dokumen, dan lain-lain
ext2 Partition : berguna untuk tempat menginstal aplikasi.Boleh dikatakan sebagai memory internal kedua, digunakan ketika kita akan memindah aplikasi yang ada di memory internal ke sd card secara paksa.
Linux Swap Partition : untuk membantu kerja RAM. Partition ini amat sesuai digunakan pada smartphone yang memiliki RAM yang kecil., cam kita punya Xperia Arc ni.  

Setelah aku mengkaji beberapa Blog dan Forum, aku mendapati ketiga-tiga pecahan ini ada kiraannya tersendiri. Jika kita melakukan partition sercara ikut suka sahaja, maka pembaziran ruangan di SD yang tidak akan digunakan, akan berlaku.. rugikan. 

Aku pun ada membuat kesilapan pada mulanya dengan melakukan partition ikut suka sahaja. Jadi aku pun megikut langkah- langkah yang aku rumuskan daripada beberapa blog dan forum yang banyak membantu memperbetulkan cara nak partition ketiga - tiga ruangan ini dengan stabil.

Secara ringkasnya pecahan yang sesuai untuk kapasiti SD anda:

SD yang berkapasiti 4 GB ( ukuran sebenarnya 3.75 GB )
  •          Primary Ext2                : 600 MB
  •          Primary Linux Swap    : 100 MB
  •         Primary Fat32              : 3.05 GB
SD yang berukuran 8 GB ( Ukuran sebenarnya 7.5 GB )
  •          Primary Ext2               : 800 MB
  •          Primary Linux Swap    : 120 MB
  •      Primary Fat32             : selebihnya GB
SD yang berukuran 16 GB ( Ukuran sebenarnya 15.5 GB )
  •          Primary Ext2               :  2 GB
  •          Primary Linux Swap    : 150 MB
  •      Primary Fat32             :  selebihnya GB 

Mari Mulakannya? 
Cam mana nak mulakannya, senang sahaja klik untuk download Mini Partition Wizard
dan jika nak serialnya, korang klik sini Like This Page dan Like dahulu dan send private massage minta serial key untuk software ini. 

Setelah lengkap perisian korang ni. Sediakan pula Card Reader yang leh masuk SD kad korang tu. Amaran : Pastikan korang tak buat partition ni guna kable smartphone direct ke komputer anda.

 #PERINGATAN : bila korang buat ni adalah tanggungjawab korang sendiri dan jika berlaku kegagalan di SD, itu adalah tanggungjawab anda, aku just bagi cara untuk melaksanakannya dan tidak bertanggungjawab keatasnya..

Jom mulakan operasi partition (#perhatian sila ikut pecahan yang diberikan size SD seperti diatas yang telah diterangkan tadi.. kalau korang nak ikut size korang sendiri terpulang)
  1. Sambungkan Card Reader anda ke komputer dan masukkan SD kat anda pada slot yang sesuai.
  2. Buka software mini tool partition wizard
  3. Pilih drive microSD anda lalu klik delete sehingga menjadi unallocated
 
 
 4.  Klik  kanan disk unallocated itu, lalu klik create 

Partition 1
Untuk menyimpan data utama seperti lagu, gambar, video, dll. Buat aja yang besar
  • Create As      : Primary
  • File System   : fat32
 
  
5. Klik OK 
6.  Setelah itu, maka akan ada baki dari microSD anda. Nah baki ini digunakan untuk membuat partition kedua.  Klik kanan pilih create

Partition 2
Untuk menjadikan memory internal kedua
  • Create As      : Primary
  • File System   : ext2
  • Cluster size   : 4 KB
7. Klik OK
8. Jika muncul pesan berikut klik Yes,

 
  

9. Seterusnya kita buat lagi partition ketiga. Linux Swap bagi ruangan yang tinggal di SD kat anda, sila gunakannya sepenuhnya.

Partition 2                                                                                                                                Untuk membantu kerja RAM smartphone anda
  • Create As      : Primary
  • File System   : Linux Swap
10. Dah siap partition klik Apply. yang terletak diseblah atas kanan. Nak senang cari je image cam yang ni dan klik . biarkan sehingga siap.




Yes!!! anda sudah berjaya membuat ketiga - tiga partiton tadi.

11. Masukkan SD kat anda kedalam Xperia Arc dan on, klik pada applikasi link2SD dalam xperia anda yang anda telah download tadi di Google Play. 

12. Tertera permintaan Superuser, klik benarkan je. dan akan terpapar satu lagi paparan dan selsect ext2 dan OK. restrat smartphone anda semula. 

13. Dah siap..... 

 #PERINGATAN : bila korang buat ni adalah tanggungjawab korang sendiri dan jika berlaku kegagalan di SD, itu adalah tanggungjawab anda, aku just bagi cara untuk melaksanakannya dan tidak bertanggungjawab keatasnya..


SEMOGA BERJAYA....