Sunday, February 12, 2012

PENGUKURAN ZAKAT DENGAN EMAS

Haii apa khabar semua, hari ini aku nak berkongsi sesuatu yang cukup bermakna, bagi semua umat islam dimuka bumi berkenaan Zakat dan tak juga kepada kaum yang lain, mungkin sebagai penambah ilmu pengetahuan anda semua.

Terdapat 5 syarat umum diwajibkan zakat:
       a.       Islam.
       b.      Merdeka.
       c.       Milik Sempurna.
       d.      Cukup Nisab.
       e.      Cukup Haula.

Topik yang akan dibincangkan ni adalah daripada pengalaman pembacaan aku yang memang suka membaca apa sahaja yang aku rasa berkaitan dan boleh dikongsikan bersama.

Sebagai renungan bersama. Sekarang kita banyak didedahkan dengan kemerosotan inflasi, terutama mata wang. Mungkin korang tak perasan dan tidak ambil tahu tentang perkara ni, mulai sekarang BANGUN!!! BANGUN!!!  sedarkan diri, kerana pada satu hari nanti wang kertas yang kita pegang ni sama seperti nilainya sekeping kertas biasa.

Sekarang ini kemerosotan nilai wang dunia masih lagi dapat dikawal, tetapi kesannya sama sekali kita dapat rasakan dan akan menjejaskan mata wang lain secara keseluruhannya.  Kenapa aku kata cam tu sekarang anggap lah gaji korang RM2000 – RM3000 sebulan. Walaupun gaji kita naik tapi barangan keperluan juga naik dan kos lain yang dahulunya rendah naik juga walapun tidak ketara.. emm serupa je naik gaji benda lain pun naik gak..(walaupun kita dah byk duit tapi still sama je..hhuu nak bayar itu ini, kadang-kadang tak cukup lak jadinya.. kenapa yep?? Fikir-fikirkanlah)

Dah panjang sangat mukadimah aku tu.. huu kang menguap lak korang. Oklah kita berbalik kepada matlamat utama ku membuat penulisan pada hari ni berkenaan Zakat. Kita semua sekarang sudah sedia maklum bahawa pasaran emas semakin diketahui ramai tapi ada juga yang lupa sebenarnya dia juga telah mengikuti nya senang cita pelaburan emas. Kenapa aku kata cam tu sbbnya, wanita tidak akan ketinggalan membeli barang kemas tul tak??? Sambil membeli dan memakai sebenarnya itu juga pelaburan. 

Apa kaitanya topik aku PENGUKURAN ZAKAT ngan emas.. hhuuu kebanyakkan kita sudah lupa kita perlu membayar zakat harta apabila sudah cukup nisab dan haulanya. APA tu Nisab dan apa lak haula???. Secara ringkasnya adalah seperti berikut :

Nisab : berat minimum yang dikenakan zakat. Kadar 2.5% zakat dikenakan daripada keseluruhan gram emas yang dimiliki.
Haula : tempoh masa untuk keluarkan zakat. Syaratnya emas yang tersimpan wajib dikenakan zakat sekiranya cukup Nisabnya. Tempoh masa haula selama 1 tahun mengikut kalender Hijrah.

Dalam zakat adanya Uruf. Apa pula uruf??? Secara ringkasnya seperti berikut :

Uruf: nilai kebiasaan perhiasan pemakaian emas bagi wanita dan nilaian tersebut berbeza mengikut tempat seperti contoh wilayah persekutuan 150g manakala Selangor 800g. Jika pemakaian emas wanita tersebut melebihi nilai uruf dan keatas maka lebihan itu wajib dikenakan zakat dengan menolak Uruf terlebih dahulu.

Ingat kekwan hukum Zakat adalah WAJIB!.

Berdasarkan firman Allah yang bermaksud.
‘Dan meraka menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya  pada jalan Allah (mengeluarkan zakat), maka khabarkan kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka ini adalah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu’  (at-Taubah;ayat 34-35)

KADAR NISAB diketegorikan kepada dua bahagian iaitu :
  •  Emas yang disimpan - emas yang tidak digunakan langsung sebagai perhiasan.*Kadar Nisab adalah bersamaan 20 dinar = 85g (1 dinar = 4.25g)  
  • Emas yang digunakan. - tidak dikenakan zakat, KECUALI melebihi nilai Uruf (nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita ) mengikut tempat.


KADAR ZAKAT. Cam mane yeh masih tak paham pengiraan nak kene Zakat ke tidak ni?? Mudah je, akan ku ringkaskan seringkas ringkasnya seperti berikut :

  • Perkara penting :      Hanya 2.5% sahaja daripada nilai keseluruhan emas korang tu akan dikira.. bukan semua sekali, mau pitam kang hhuu…
  •  Manakala bagi perhiasan wanita yang digunakan akan ditolak dengan Uruf terlebih dahulu baru dikira kadar zakat yang perlu dizakatkan.

Aku rasa korang mesti peningkan jadi aku tunjukkan lah dalam senario dibawah ni :

  • SENARIO PERTAMA.
Korang ada emas seberat 200g yang tidak digunakan langsung simpan je peram cam nak buat jeruk. Korang ingat tak kadar nisab yang dikenakan bagi memenuhi syarat berzakat salah satunya anggaran berat keseluruhan emas korang 85g atau lebih dah kena zakat. Maka cara nak kiranya cam ni :

Langkah 1 :
200g (keseluruhan emas korang) x 2.5% (kadar peratus yang perlu dizakatkan) = 5g (Nilai zakat yang perlu dikeluarkan)

Langkah 2:
5g (Nilaian yang perlu dizakatkan) x RM165 (anggaplah harga emas ketika itu RM165, bagi harga emas semasa pergram) = RM835 (Jumlah bayaran yang dizakatkan)

Maka RM835 lah korang kene zakatkan. Mudahkan

  • SENARIO KEDUA
Isteri korang memakai emas sebagai perhiasan 250g secara keseluruanya. Cara pengiraan zakatnya perlu ditolak dengan Uruf.  Gi tgk atas balik kalau lupa apa itu Uruf. Cara kira lak berbeza, cam ni caranya :

Langkah 1:
250g (nilai keseluruhan berat pemakaian hiasan) – 150g (nilai Uruf bagi wilayah persekutuan dan berbeza nilai urufnya mengikut tempat) =100g ( baki gram setelah ditolak Uruf)

Langkah 2:
100g (baki gram setelah ditolak Uruf) x 2.5% (kadar peratus yang perlu dizakatkan) = 2.5g (Nilai zakat yang perlu dikeluarkan).

Langkah 3:
2.5g (Nilai zakat yang perlu dikeluarkan) x RM165 (anggaplah harga emas ketika itu RM165, bagi harga emas semasa pergram) = RM412.5 (Jumlah bayaran yang dizakatkan)

Maka RM412.5  lah korang kene zakatkan.

*Info : bagi perhiasan yang mempunyai batu permata atau hiasan lain bersama emas.
   Hanya berat emas itu yang akan dikira.

PERKARA YANG HARUS ANDA TAHU
1.       Emas yang tiada nilai Uruf adalah :
a.       Emas pelaburan, kerana ia bukan barang perhiasan bagi wanita.
b.      Barang kemas milik lelaki kerana lelaki diharamkan memakai emas sebagai perhiasan.

2.       Emas yang tidak dikenakan ZAKAT:
a.       Emas yang digunakan bagi tujuan perubatan dalam tubuh badan seperti  :
-          Gigi palsu.
-          Implan dalam jantung.

Semoga segala ilmu ni dapat dikongsikan bersama, dan diberkati . Harap-harap korang paham lah apa yang aku ingin sampaikan. Berzakatlah untuk membersihkan harta yang kita miliki kerana itu semua datang dari Nya amin.

Terima Kasih