Saturday, February 18, 2012

Dinar & Dirham

Assalamualaikum Salam Sejahtera hari aku nak berkongsi satu perkara tak tau lah korang dulu yang dah explore ke benda ni. Tapi apa-apa pun aku nak berkongsi ngan korang semua diluar sana.

Banyak persoalan yang aku sendiri masih keliru berkenaan Dinar dan Dirham. Aku pun salah sorang pengumpul tapi tak banyak lah, baru berjinak-jinak. Aku jadi kurang mengumpul dan menyimpan Dinar dan Dirham ni beberapa sebab :

1. Mana nak tolak jika kita perlukan tunai apabila terdesak kelak?
2. Bank mana yang terima atau tak da bank yang terima langsung?
3. Berbaloi ke untuk dibuat pelaburan?

Tiga sebab ni selalu bermain diminda aku sbb aku memang teringin nak menambahkan simpanan aku melalui Dinar dan Dirham ni. Tiga perkara diatas lebih kepada Dinar... manakala Dirham wallahualam lah cam mana.

Tapi aku ada jumpa satu laman web yang aku kira amat-amat berbaloi dan berguna untuk korang layari sebabnya urusan jual beli boleh menggunakan Dinar atau Dirham untuk membeli. Boleh tahan juga barangan yang dipersembahkan.  Kalau korang nak layarinya klik je link ni http://www.dinardirham.com nampak ada juga berguna Dinar dan Dirham kita simpan ni.

Kalau kita cari kat google berkenaan Dinar dan Dirham kebanyakkannya membuat promosi jualan je tapi tak terangkan kat mana pula nak menjualnya kembali. Bukan apa, kita simpan banyak dan berganda-ganda bila sampai masa terdesak dan perlukan tunai dimana kita nak tunaikanya???

Ada juga aku baca dulu bank rakyat tak terima dinar, tapi sekarang dah terima kot tapi ada lak syaratnya. Beberapa perkara yang aku baca dalam pelbagai blog dan forem berkenaan dinar yang diterima oleh Bank Rakyat adalah seperti dibawah, bank lain takda pulak aku dengar yang menerimanya kenapa aku pun tak pasti..

Apa yang aku baca dalam forem dan blog berkenaan Dinar/Dirham (aku ringkaskan je ni) :
1. Bank Rakyat menerima Dinar sekarang ni tapi jenis Dinar Kelantan. (artikal dalam blog)
2. Bank Rakyat nak Dinar yang berlaminate kalau tak dia tak terima (cerita dalam forem)
3. Dinar jenis lain Bank Rakyat tak terima, kenapa? dia orang pun tak pasti (cerita dalam forem)
4. Ada sesetengah Bank Rayat yang menerima Dinar. Bank rakyat yang mana tak diberitahu. (cerita dalam forem)
5. Nak guna Dinar dalam jual beli leh buat kat sini http://www.dinardirham.com (aku jumpa web ni masa mencari artikal berkenaan Dinar & Dirham)
6. Ada pulak mengatakan nak tolak ke bank kena ada resit bagi Dinar tu.(artikal dalam blog)
7. Dinar dan Dirham tidak sesuai dijadikan pelaburan?? (artikal dalam blog)

Ni banyak berkenaan Dinar je, manakala bagi Dirham aku pun tak tau lah apa citanya jika dibandingkan silver-silver yang lain, ada juga nampak jual belinya walaupun tak meluas. bagi Dirham??


Aku mengharapkan diperbanyakkan info berkenaan Dinar dan Dirham. Jadi kita semua tak terpinga-piga tentang ni. Sebab selalu didedahkan dengan Gold coin dan Silver Coin jenis yang lain yang banyak diterima dipasaran... korang pun tau kan jenis apa..hhuu :)




Sekadar info kepada korang diluar sana, bagi pemegang-pemegang Dinar dan Dirham cam aku juga, kita kena perbanyakkan info dan ilmu berkenaan perkara ni, dan berkongsi ilmu yang kita perolehi, agar diberkati dan tahu kemana hala tujunya nanti.

Apa-apa pun terima kasih kerana setia membaca artikal dan nukilan dari saya... ilmu itu ibarat roda, jika kita tak memutarkannya maka tidak kemana ilmu yang kita perolehi.