Sunday, February 12, 2012

Cara membersih barangan Silver. Senangnya...

Assalamualaikum/ Salam sejahtera
kepada pembaca blog ku yang setia dan tak lupa juga kepada para pengunjung baru blog ni.

Hari ni aku nak berkongsi ngan korang teknik mudah nak membasuh Silver korang yang selalunya korang sental bagai nak gila tapi still cam tak bersih je..hhuu..

Secara ringkasnya apa yang diperlukan :
1. Benda yang diperlukan sebelum memulakan proses ni.. tentunya Silver korang, kalau tak apa yang nak dibasuhkan heheh.
2. Bekas plastik atau kaca yang boleh menadah air, cthnya mangkok.
3. Soda bikarbonat atau serbuk soda atau natrium bikarbonat.
4. Aluminium foil.
5. Sudu atau grafu plastik
6. Air panas mendidih



Caranya :
1. Letak silver anda di dalam mangkuk berisi aluminium foil dan serbuk soda secukup rasa. (peringatan jgn korang gi rasa pulak soda tu, kang berbuih mulut jadinya)
2. Curahkan air panas mendidih. Anda akan nampak buih halus akan keluar dari celah-celah silver.
3. Biarkan selama setengah jam atau lebih dia kan berbuih-buih.
4. Kemudian angkat (guna sudu aatau grafu plastik) bilas dengan air bersih.

Penerangan sains:  
Soalan : Apa fungsi aluminium foil tu? Kalau direct masuk bekas kaca/plastik tak boleh ke?
Jawapan : Ini untuk menghasilkan proses elektrolit. Aluminium foild bertindak sebagai penyerap kotoran, karat, oksida etc. serbuk soda adalah sebagai “alat” bagi proses pemindahan tersebut berlaku.

Pehhhhh....silver aku ke ni bersihnya....hehehh
jadi kongsikanlah maklumat ini kepada rakan-rakan kita diluar sana.

Selamat Mencuba...