Pelbagai cerita dan pengalaman menarik akan dikongsi bersama
anda diluar sana. Jadi marilah.... heee
Sunday, August 28, 2011
BERKEMAS..MEMBELI..MEMASANG...
Persiapan Hari Raya: ADUH.. penat sesangat aku hari ni....
Maklumlah nak menjelang Hari Raya... banyak benda nak kene siapkan. Emmm aku dah start cuti panjang seminggu ni, jadi apa lagi....gotong royong berpasukan lah jawapnya dengan wife, baby Hazeq dan baby Aira. Si kecik ni dua orang ni tukang monitor je hehhe.
Seawal jam 3:45am aku dah terjaga.. sahur dan terus mengemas. Benda pertama yang perlu dikemas ruang tamu ni. Kalau nak ikutkan nak kemas bilik dulu, tapi my baby dua orang ni masih di alam mimpi, jadi postpon jap.
Kemas punya kemas sampai kebilik-bilik (kemas bilik lepas my baby dedua tu bangun dalam kul 8:10am). Uii letihnya lah haii, rumah kecik je tapi kalau dah punggah, uhaiii.. nak tertanggal urat-urat badan ni.My baby dedua ni kalau dah bangun lagi lah susah sikit nak mengemas, ngan Hazeq keluarkan keretanya lak, nak main tengah bersepah-sepah ni... baby Aira lak nak berdokong je... dah cam sotong kurita dah tangan aku ni nak menghandel semuanya... hehehe.
Selesai mengemas rumah pada jam 12:30pm, itu bahagian bilik dan ruang tamu. Jap lagi nak mencabut langsir lak. Emmm... sebelum tu aku bercadang nak gi ke IKEA nak tgk bebarang apa yang sesuai nak dibeli ke, atau just nak jejalan merehatkan badan kat sana. Baru je bercadang wife aku terdengar terus jadi gi...hhuuhhhh...
Jam 1:40pm aku dan keluarga berada di IKEA Damansara dekat ngan rumah lagi pun. Ramai gak orang, aku ingatkan dah takda orang, semua balik kampung. Tengok lah si Hazeq, baru sampai dah posing kat sofa bintik-bintik :). Manakala pic sebelah kanan ni lak, wife aku nak tengok rak untuk dapur rumah, bagi yang tak pernah sampai ke IKEA ni, cam ni lah besar tempat barangan IKEA ni, jenuh nak cari kalau tak tau kod barangan tu...
Apa yeh tadi nak beli..lupa lak???. Emm...memula kesana nak melihat rak, nak meletak barang - barang aku, sebab rak aku dah jadi rak Hazeq letak kereta mainan dia. Emm tengok punya tengok, belik punya belik last-last lain lak jadi nya dibeli... hhhuu. Tapi tak pe berguna juga untuk rumah. Benda yang dibeli untuk raya ni, permaidani merah seakan merun dan permaidani bercorak kereta untuk bilik Hazeq dan barangan peralatan dapur. Cam model kita kat sebelah ni...tengah membelik-belik....heheheh
Lepas ke IKEA, kami sekeluarga ke kedai pokok bunga, untuk dihiaskan di hadapan rumah. Leka kat sana.. jam kat kereta aku menunjukkan jam 5:05pm.. cepatnya masa berlalu.....huuiiiii. Sempat jugalah take pic baby Aira kat kedai bunga tu. Heran dia tgk banyak sangat bunga dan pokok-pokok kat situ
Sepantas kilat balik kerumah, sebab wife aku nak masak untuk berbuka puasa. Uiiiii kene cepat... kang tak sempat lak nak buka...hehehhe....:)